Euforia Bola 2026
Hiburan By: XTRA September 12, 2022 @ 6:45am

[VIDEO] Baju Sedondon Setiap Kali Konsert, Netizen Dakwa Wanita Ini Kekasih Shuib? – “Setiap Gambar, Mesti Dia Like”

Gara-gara mengenakan busana rona sedondon, pelawak dan usahawan popular, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Watie Hanifiah.

Menerusi video tular TikTok yang dimuat naik oleh @farahana2506, pengguna itu menimbulkan persoalan mengenai pemakaian Shuib dan Watie yang sedondon ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lepas.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit mendapat lebih 950,000 tontonan, 14,500 tanda suka serta 1,300 komen.

@farahana2506 betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu ♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

Di ruangan komen video TikTok itu, rata-rata netizen mula membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang menyulam kasih dengan usahawan wanita terbabit.

Ada yang tampil mendakwa Shuib memberikan ‘like’ di setiap foto yang dimuat naik oleh Watie.

Malah, ada juga netizen yang mendakwa Watie turut bersama keluarga Shuib balik ke kampung sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram.

Sebelum ini, Shuib mengakui dia sedang mengenali hati budi seseorang ketika ini dan wanita itu merupakan pilihan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia Pilihan Ibu Saya” – Shuib Sedang Mengenali Hati Seseorang

Menerusi pemerhatian XTRA, Watie telah menutup ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

Featured Sun, 28 Jan 2024
Trending Wed, 30 Sep 2020
Trending Mon, 11 Nov 2019

Lazada 11.11.19 Is Back, These Are The 11 Must Buy Deals You Should Definitely Purchase!

We list down these 11 super awesome items you should definitely BUY at Lazada 11.11!

Trending Thu, 14 Apr 2022
Featured Wed, 1 Oct 2025

Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Pelakon Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak apabila diberi kesempatan melakukan sesi siaran langsung bersama isterinya

Featured Wed, 22 Oct 2025

“Saya Cuma Burnout, Bukan Tutup Kedai” – Zahnita Wilson Nafi Dakwaan Perniagaan Bakeri Gulung Tikar

Zahnita Wilson menegaskan perniagaan bakeri yang dijalankannya tidak ditutup seperti yang tular.

error: Content is protected !!