Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 14, 2022 @ 8:30pm

“Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” – Shuib Nafi Ada Hubungan Dengan Watie Sejak 2019

Pelawak, Shuib tampil menafikan dakwaan dirinya pernah mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang tular di media sosial baru-baru ini.

Terbaharu, satu klip video tular di media sosial memaparkan wanita yang dikaitkan dengan pelawak itu sedang bermain golf, sambil aksinya dirakam oleh seorang lelaki yang memiliki suara mirip Shuib.

“Saya ingin menafikan khabar angin tidak benar yang sedang berlegar di media sosial buat masa sekarang mengenai satu video yang menunjukkan seorang wanita bernama Watie sedang memukul bola golf.

“Ada kedengaran suara di sebalik video itu seperti suara saya. Apa yang ingin saya jelaskan, pertama, video tersebut bertarikh 2 April 2019. Ketika itu, saya belum lagi pegang kayu golf. Sukan golf pun saya tak tahu apa.

“Saya mula main golf pada Mei 2020, ketika itu kerajaan memberikan kelonggaran terhadap individu untuk bermain sukan golf. Nampak tak perbezaan tarikh tu?” jelasnya.

@ainmintttttt♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan khabar angin yang tular ini sebagai satu hal yang kelakar dan tidak adil bagi dirinya.

“Kalau dengar balik, memang bunyi perkataan ‘nice’ tu macam suara saya. Tapi perkataan yang belakang tu bukan suara saya. Tak sama langsung.

“Benda ni kelakar sangat sebab ada orang cakap saya dah ada skandal dari 2019. Not fair, tak baik untuk saya, tak baik untuk Sarah. Boleh scroll balik IG saya dan cari bila pertama kali saya main golf.

“Setakat suara semua orang boleh tiru, itu kebetulan yang tak disangka,” jelasnya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video yang mengabungkan foto Shuib dengan wanita tersebut dengan memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.

@farahana2506 betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu ♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 May 2018

婚礼拍成鬼片风!PS神人挑战都败退

相信许多人在结婚、举办婚礼时,都会请专人来拍照留下回忆,但若是找来的人技术不佳,看见成果可能就会想吐血了……

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Fri, 27 May 2022
Trending Thu, 4 Oct 2018

Ini Punca Enam Anggota Bomba Lemas Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat

Takziah diucapkan buat kesemua wira negara ini. Al-Fatihah

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Featured Wed, 6 Jul 2022
Trending Tue, 20 Nov 2018

Busana Pengantin Doreamon Bikin Lelaki Ini Tular!

Mohd Firdaus Mohd Ali, merupakan peminat tegar Doraemon sejak kecil kerana jalan ceritanya yang menarik.

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

error: Content is protected !!