Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 18, 2022 @ 10:58am

Didakwa Poyo Hentikan Nyanyian Semasa Diserbu Peminat, Andi Bernadee Utamakan Keselamatan Penonton

Penyanyi Andi Bernadee digelar poyo oleh seorang individu selepas terpaksa memberhentikan nyanyiannya ketika diserbu peminat di sebuah konsert di Bintulu, Sarawak, Jumaat lalu.

Menerusi sebuah  perkongsian di Instagram, Andi bimbang akan keselamatan peminatnya selepas menyedari seorang kanak-kanak hampir terkena percikkan bunga api yang berada di bahagian pentas dan meminta mereka untuk beredar secara baik.

“Harap adik tu tak apa apa,” tulisnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee)

Memetik laporan Utusan Malaysia, Andi menyatakan situasi yang berlaku tersebut berlaku di luar kawalannya dan terpaksa menghentikan seketika persembahan tersebut kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Malah, Andi turut meluahkan perasaan terkilan apabila ada dalam kalangan netizen melontarkan komen kurang manis terhadap peminat yang menyerbunya ketika menjayakan konsert tersebut.

“Mereka sebenarnya sangat teruja, sama seperti saya yang teruja untuk membuat persembahan. Energi kami semua sama pada malam itu, tambahan pula kami sudah lama tidak bertemu.

“Kali terakhir saya buat persembahan di Bintulu sekitar 2019, sebelum pandemik. Dulu pun peminat turut serbu, tetapi semalam paling ramai sampai ke pentas.

“Semasa saya buat persembahan, keadaan jadi di luar kawalan. Kami tidak jangka peminat akan naik ke pentas kerana mahu merakamkan gambar.

“Bila ada yang lain nampak, ramai ambil peluang naik pentas untuk merakamkan momen. Saya terpaksa minta hentikan sebentar persembahan sebab bimbang keselamatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pelontar lagu Donde itu berharap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak yng hampir terkena percikkan bunga api itu.

“Saya perasan ada seorang peminat kecil berada di pentas itu dan berharap dia tidak terkena percikan bunga api ketika ramai menyerbu.

“Setakat ini, saya tidak dimaklumkan tentang sebarang kejadian tidak diingini dan berharap peminat kecil itu tiada apa-apa,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut memuji sikap penyanyi itu yang menegur peminatnya secara berhemah dan lemah lembut.

Sumber: Utusan Malaysia dan Instagram Andi Bernadee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Sun, 19 May 2019

Adamidam Sudah Tiada…Al-Fatihah

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang solihin. Al-Fatihah…

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Keluar Sangkar, Zul Ariffin Jadi Petani?

Penat bertumbuk, Zul Ariffin sibuk pula nak jadi petani. Dah sedia nak comot dan kotorkan tangan? Adakah ini kisah hidup atau sekadar drama terbaru?

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

「小队长」卢广仲明年1月4日驾到!

卢广仲「大人中」世界巡回演唱会大马站定档2020年1月4日在莎阿南美拉瓦蒂室内体育馆引爆,卢广仲喊话 “十年后的第一年,来聚聚吧!”

Trending Sat, 28 Jul 2018

五色棺材葬五种人,你知道棺材的颜色代表什么吗?

起棺材估计大家脑海中都会想起黑色的棺材,而黑色的棺材确实也是最常见的,那么有黑就有白,其实与之对应的还有白棺材和红棺材。那么棺材为什么还有五种颜色呢?

Featured Mon, 4 Jul 2022
error: Content is protected !!