Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 20, 2022 @ 2:57pm

MK Tepis Dakwaan Ada Isu Dalaman, K-Clique Hormati Komitmen Tuju – “Itu Hak Privasi”

Kumpulan hip hop K-Clique tampil menepis dakwaan yang menyatakan mereka mempunyai isu dalaman apabila salah seorang anggotanya, Tuju tiada ketika Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, Tuju mempunyai urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

“Tuju terikat dengan program lain, jadi tidak dapat bersama dalam konsert kali ini. Lagipun, Tuju sentiasa sibuk, apatah lagi, sudah berkeluarga.

“Dia juga lebih fokus kepada keluarga. Seperti anggota lain, kami masih muda. Jadi, kami kena faham Tuju memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“K-Clique tak kisah memberinya ruang untuk fokus kepada keluarga,” katanya.

Malah, MK juga menegaskan bahawa kesepakatan dalam setiap anggota K-Clique masih lagi kukuh, cuma mereka lebih memilih untuk menghormati privasi masing-masing.

“Kalau ada bertanya adakah kami masih anggota K-Clique. Itu persoalan silap kerana K-Clique memang ada dalam diri kami.

“Jadi, untuk kami jawab mengenai Tuju, jujurnya lapan anggota K-Clique mempunyai cerita masing-masing. Jadi, kami rasa soal Tuju dan keluarganya, itu hak privasi. Jadi, apa sekalipun kena tanya empunya diri,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, MK juga menyatakan tidak sukar untuk menguruskan anggota K-Clique, sebaliknya dia menjaga kumpulan itu seperti sebuah keluarga.

“Tidak susah pun, malah perkara menyeronokkan. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, tiada ceritalah antara kami.

“Jadi, kami berseronok sahaja dengan apapun cerita,” katanya.

MK juga menyatakan persefahaman dan keunikan yang wujud dalam setiap ahli kumpulan menjadi penyebab mereka bertahan sehingga kini.

“Kami berasal dari latar belakang hampir sama. Disebabkan itu, kami faham kesusahan dilalui masing-masing.

“Kami juga faham kemampuan dan keupayaan masing-masing. K-Clique adalah kumpulan unik, kami mempunyai lapan anggota yang mempunyai karakter berbeza, gaya dan ketrampilan tersendiri.

“Dari segi penyampaian pun semuanya ada kelainan. Jadi, K-Clique kekal bersahabat disebabkan kami adalah kami.

“Apa pun, kami sentiasa berpijak pada dunia nyata disebabkan sokongan peminat. Kami hargai momentum dan tenaga yang diberikan mereka,” katanya.

Selain MK dan Tuju, K-Clique turut dianggotai Noki, Somean, KDeaf,  FareedPF, Gnello dan NastyNas yang semua kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Trending Wed, 21 Oct 2020
Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Trending Thu, 2 Jan 2020

Penduduk Hong Kong Sambut 2020 Dengan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

Hmm.. Tahun Baru disambut dengan begini , sedihnya

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Bekas Adik Ipar Nak Saman RM5 Juta, Iqbal Zulkefli Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan

Iqbal Zulkefli mendakwa dia belum menerima sebarang surat tuntutan saman RM5 juta oleh bekas adik iparnya.

error: Content is protected !!