Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 21, 2022 @ 3:05pm

Sering Terima Jambangan Bunga Di Set Penggambaran, Penerbit Usik Nasha Aziz – “Kerabat Raja Mana Ni Mampu Bagi Hari-Hari?”

Penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan pelakon cantik, Nasha Aziz sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fadzil memuat naik video dirinya sedang mengusik aktres tersebut untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya.

“Nasha, you bercinta dengan siapa ni? Hari-hari orang hantar bunga,” kata Fadzil.

Dalam pada itu, penerbit Zeel Production itu turut menunjukkan jambangan bunga mawar merah bersama mahkota hiasan yang diberikan kepada Nasha.

Menurut Nasha, dia merupakan seorang pelakon setia untuk Zeel Production dan mempunyai peminat.

“I kan pelakon setia Zeel Production, jadi i ada peminat,” kata Nasha.

Fadzil juga turut mempersoalkan sama ada jambangan bunga yang diberikan kepada aktres itu dihantar oleh kerabat diraja.

“Kerabat raja mana ni yang mampu bagi bunga hari-hari? Siap crown lagi. Tua-tua pun laku lagi ke sis?” usiknya.

@fadziltehhjzil42 #nashaaziz #peminatrahsia #hariharihantarmakandanbunga #trending #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ bunyi asal – Hjzeelproduction

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Thu, 7 Apr 2022
Trending Wed, 7 Jul 2021
Featured Thu, 22 Jan 2026

“Saya Berpakaian Untuk Diri Sendiri” – Jelita Di Usia 50-An, Maria Farida Dipuji S*ksi

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ahli keluarga saya semuanya kelihatan awet muda”- Maria Farida

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Kereta Mewah Remuk, Safiey Ilyas Kemalangan Jalan Raya

Semuanya terkawal, hati-hati yeah lepasni…

error: Content is protected !!