Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2022 @ 7:07pm

“Habis Tu Nak Kena Buat Apa Ni? Kesian Jadi Perempuan” – Ini Respons Padu Janna Nick Terhadap Isu…

Pelakon Janna Nick tampil menegur segelintir blogger yang menggunakan ‘headline’ panas semata-mata mahu menarik perhatian pembaca.

Menurut Janna, artikel yang mengatakan dia sengaja menayang bahagian belakangnya sehingga menerima komen lucah dalam kalangan warganet adalah tidak tepat sama sekali.

Janna tampil memberikan respons mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) miliknya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, video yang tular itu dirakam peminat yang hadir pada acara lawatan pawagam bersempena tayangan filem Juang di IOI City Mall, Putrajaya.

“Video yang viral tu, video daripada peminat yang hadir ke acara tersebut. Peminat tu seorang perempuan dan dia bawa anak.

“Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya. Bukan tayang bontot!

“Dah dari belakang, memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pula,” katanya.

“Kesian jadi perempuan…”

Sementara itu, Janna juga sempat menzahirkan rasa kecewanya apabila wanita sering dijadikan simbol seks.

“Habis tu nak kena buat apa ni? Kesian jadi perempuan. Semua benda nak dijadikan simbol seks.

“Kalau dah kambing pun kena r*gol, kalau memang jenis gatal… tengok buah epal pun bernafsu,” jelasnya.

Janna juga sempat memuat naik kembali hantaran yang dibuat oleh peminatnya yang hadir pada acara berkenaan.

“Aku saksi masa ni sebab aku tengok sendiri macam mana Janna layan peminatnya yang nak bergambar.

“Janna akan terus senyum dari jauh untuk bagi gambar yang cantik untuk peminat-peminat yang hadir. Bila korang negatif, semua benda pun nak negatif,” tulis individu terbabit.

Terdahulu, Janna terpalit kontroversi apabila bentuk badannya dirakam peminat daripada sisi belakang sehingga menerima komen berbaur lucah terutamanya dari golongan lelaki.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Mon, 19 May 2025
Trending Tue, 7 Aug 2018

Najib Ke SPRM Lagi?

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan 1MDB.

error: Content is protected !!