Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 22, 2022 @ 12:41pm

Alicia Amin Lega Perjuangan Berhasil – “Walaupun Saya Serba Salah…”

Pelakon dan model Alicia Amin meluahkan rasa lega setelah usahanya memperjuangkan isu bayaran rakan peragawan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW022) bulan lalu menemui jalan penyelesaian.

Menurut Alicia, sebahagian daripada rakan modelnya telah menerima bayaran penuh, malah pihak penganjur turut berjanji untuk menyelasaikan bayaran yang lain pada hujung bulan ini.

“Saya lega bila perjuangan saya untuk model-model dalam industri fesyen ini akhirnya mendapat maklum balas yang positif.

“Lapan individu telah datang bertemu saya memaklumkan yang mereka sudah menerima bayaran. Namun, berbaki tiga model saja yang belum dibayar dan pihak penganjur berjanji untuk menyelesaikan pada hujung bulan ini.

“Walaupun ada syarikat guaman yang ingin membantu saya untuk membawa isu ini di mahkamah, tapi saya berbincang secara baik dengan penganjur sekiranya bayaran tidak dilunaskan segera,” katanya.

Pendedahan itu telah dikongsinya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rasuk di GSC Tropicana Mall, Selasa lalu.

Alicia menyatakan dirinya kerap menerima ucapan terima kasih daripada rakan model selepas insidennya membawa sepanduk ketika KLFW2022 itu terjadi.

“Ketika saya terbabit dalam KLFW 2022, ramai model yang berterima kasih kepada saya sewaktu di belakang pentas kerana mereka sudah menerima bayaran pada penganjuran tahun ini.

“Walaupun saya rasa serba salah kerana saya pernah bekerja dengan penganjur itu tapi saya pernah ajak mereka berbincang sebelum ini tapi tiada tindakan dibuat. Disebabkan itu saya nekad membuat ‘mogok’ pada acara itu.

“Saya gembira apabila ada model dapat menggunakan duit yang dituntut selama ini untuk urusan perkahwinannya,” katanya.

Selain Alicia, filem Rasuk arahan James Lee turut dibintangi oleh Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Raja Atiq, dan ramai lagi.

Filem terbitan Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Sixfun Media itu bakal ditayangkan di pawagam pada 29 September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 23 Apr 2019
Trending Mon, 30 Jul 2018

Peminat Sukan Hiking, Iesmawadi Temui Ajal Sejurus Tawan Gunung Rinjani

Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, temui ajal selepas beberapa jam menawan puncak Gunung Rinjani.

Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Trending Tue, 14 Jun 2022

“Kesan Lebih Baik Berbanding Antibiotik” – Ayam Thailand Diberi Makan Ganja

Ayam ternakan diberi makan ganja terbukti memberi banyak kesan positif terhadap daging dan telurnya.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Harap Magis Hi Hi Bye Bye

Harap dipermudahkan.

Trending Wed, 24 Mar 2021
Featured Wed, 5 Jan 2022

Berang Dipanggil ‘Usher’, Jason Derulo Belasah 2 Individu

Penyanyi Hollywood, Jason Derulo, 32, dipercayai telah terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua individu di hadapan sebuah kelab malam berdekatan ARIA Hotel dan Kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal pagi Selasa. Memetik laporan E! […]

error: Content is protected !!