Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2022 @ 1:34pm

Mawar Rashid Kini Hamil Anak Ketiga, Beri Kejutan Buat Suami Di Paris -“Dalam Kepahitan Ada Kemanisannya…”

Pelakon Mawar Rashid berkongsi berita gaembira apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 27, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah.  Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Mawar turut berkongsi keadaannya sepanjang kehamilan anak ketiganya ini termasuklah terpaksa di tahan di wad akibat Severe Dehydration.

Bahkan, Mawar tidak boleh makan, minum dan mengalami sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan beliau mampu berbaring sahaja.

Selain itu, anak-anak Mawar juga turut diuji dengan tahap kesihatan yang kurang baik.

“Diuji lagi dengan anak-anak demam lama dan berkali-kali.

“Kami bergilir-gilir tak tidur jaga anak. Mawar sakit sambil jaga anak,” kongsinya.

Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut rezeki dikurniakan zuriat ketiga ini adalah antara kemanisan yang diperolehinya setelah berdepan dengan dugaan kesihatan.

“Namun dalam kepahitan ada kemanisannya. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” jelasnya.

Berkongsi mengenai perkara itu, Mawar turut membuat kejutan buat suaminya, Raf Yaakob tentang kehamilannya ketika bercuti di Paris.

Malah, Mawar juga sempat memberikan kejutan buat rakan-rakan terdekatnya termasuklah ahli keluarga mengenai  berita gembira tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

 

Untuk rekod, Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran sepasang cahaya mata  iaitu, Rafael ,4, dan Rossabella, 2.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

林德荣拍拳击戏直呼没减重压力!唯对尹汇雰一见钟情剧情:“要加价!”

林德荣主演的喜剧电影《作战啦!茶室总动员》拍拳击戏没有减重压力,且导演更是希望他可以增重;唯戏中他要对尹汇雰一见钟情,甚至还要成为夫妻却相当不满,直呼:“因为这一段我要求加价,片酬不高不可以!”

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Fail Cerai Bukan Sebab Faisal Halim Tak Ada Duit  & Tak Handsome” – Peguam Isteri Perjelas Punca Cerai

Peguam tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa anak guamnya memfailkan perceraian.

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018
Featured Mon, 17 Nov 2025

Riena Diana Mengaku Tak Selamat Miliki Kulit Putih – “Make Up Tak Boleh Beria Nanti Nampak Macam Pond*n”

Kata Riena, warna kulitnya kadang-kala menjadi cabaran untuknya terutama ketika mengenakan solekan.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

AIR ASIA’S BIG BOSS SAID, “I DO”

Mr Fernandes wanted to keep this wedding of his hush hush. Set in the scenic Cote D’Azur, in the southeast corner of France, the VERY private wedding held last weekend was attended by close family and friends only.

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Boleh cuba lah ek kalau beli kasut terkecil size

error: Content is protected !!