Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 23, 2022 @ 8:15pm

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Pelakon Haeriyanto Hassan, 51, akui reda jika tawaran berlakon semakin kurang diperoleh selepas diserang angin ahmar ringan pada Februari lalu.

Susulan itu, Haeriyanto turut memaklumkan bahawa dia tidak mahu terlalu bergantung pada bidang seni dan mahu memberi fokus terhadap kesihatannya.

“Saya sudah bersedia dan tidak mahu terlalu bergantung sangat pada bidang seni. Saya mahu lebih fokus kepada kesihatan yang mana saya masih perlu pulihkan kekuatan fizikal,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Kampung People ini juga menyatakan kesihatannya semakin baik namun masih terdapat bahagian tubuh badan yang masih lemah dan dia tidak boleh melakukan adegan lasak jika diperlukan.

“Secara fizikal, memang makin pulih, wajah saya tak senget, suara pun okey, tapi tangan kiri saja masih lemah. Jadi, kalau saya berjalan, adalah nampak sedikit cacat. Saya memang tak boleh lakukan babak-babak lasak.

“Disebabkan itu saya akur kalau tidak ramai produksi panggil saya. Tapi alhamdulillah, KL Motion tetap ingat saya dan bakal menjalani penggambaran untuk drama mereka Kampung People 3 pada minggu hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya lagi, penggambaran drama Kampung People 3 ini merupakan percubaanya untuk melihat kemampuan dan ketahanan dirinya sebelum menerima banyak tawaran berlakon.

“Inilah masa untuk saya cuba lihat tahap stamina untuk berada di set lakonan. Lagipun, penggambaran kali ini agak menyenangkan sedikit kerana dekat dengan rumah.

“Berdasarkan kemampuan saya menjalaninya nanti, barulah tengok kalau boleh kembali rancak terima tawaran,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Haeriyanto juga berkongsi bahawa berat badannya turun mendadak daripada 85 kilogram kepada 69 kilogram selepas diserang angin ahmar dan tidak mengetahui bahawa dia menghidap darah tinggi.

“Saya cuma tahu ada penyakit itu selepas diserang strok. Saya sendiri sebelum ini pun memang tidak pernah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara formal.

“Sepanjang di hospital, selera makan saya menurun sehingga berat badan pun susut. Daripada sudut positifnya, baguslah kerana kalau tak sakit memang nak diet itu susah.

“Saya berterima kasih kepada keluarga kerana mereka juga bantuan kesihatan dan kewangan datang tepat pada masanya sepanjang rawatan. Ada juga rasa ‘down’ tapi kebanyakan masa saya memang kuatkan mental untuk sembuh,” luahnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022
Trending Thu, 4 Aug 2022

“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Che Ta hairan netizen persoalkan harga inainya yang sangat berpatutan.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Trending Fri, 16 Oct 2020

Ramai Tak Keruan Tunggu Drama Lelaki Lingkungan Cinta – Tok Ti Pun Sama, Tak Sabar Nak Tonton Lakonan Cik B!

Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian bakal bersiaran di slot Lestary TV3 bermula minggu hadapan. Menariknya, drama bersiri ini menggandingkan wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma […]

Hiburan Fri, 23 Aug 2024

Tak Putus Harapan, Iqram Dinzly Nak Kahwin – “Teringin Juga Tengok Hasil Sperma & Ovum Isteri Saya”

‘Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu’ – Iqram Dinzly

Hiburan Sun, 26 May 2019
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

error: Content is protected !!