Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 26, 2022 @ 2:22pm

[VIDEO] “Saya Tak Suka Populariti” – Ustaz Nazrey Dedah Punca Keluar Kumpulan Raihan

Bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani mendedahkan punca utama mengapa dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu pada tahun 2006.

Menerusi sebuah rakaman video temu bual, Nazrey berkata hatinya tidak pernah tenang sepanjang bergelar ahli anggota Raihan.

“Saya bukan orang yang suka populariti.

“Selama saya dalam Raihan, saya tak pernah senang hati. Walaupun pergi ke luar negara, saya berasa susah hati kerana saya pergi hanya memenuhi tuntutan kerja bukan untuk suka-suka,” jelasnya.

Nazrey juga mengakui dia sering berdoa agar diberikan kekuatan untuk meninggalkan kumpulan nasyid itu biarpun pernah berkata akan tetap bersama Raihan hingga ke akhir hayatnya.

“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya, keluarkan saya dengan cara yang baik. Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tidak mahukan populariti.

“Saya tak suka tempat ini, hati saya tak tenang. Jadi saya berdoa agar diberikan jalan keluar secara baik-baik daripada kumpulan Raihan.

“Saya pernah bercakap hidup mati saya akan akan tetap bersama Raihan, tetapi dalam hati saya selalu tidak tenang apabila bersama Raihan,” ujar Nazrey.

Selepas 14 tahun berkecimpung dalam bidang seni, akhirnya doa itu dimakbulkan apabila dia nekad untuk meninggalkan kumpulan nasyid popular itu demi menjalankan kerja dakwah di Sabah.

“Ketika saya menyatakan untuk keluar daripada Raihan, ahli lain seakan tidak rela untuk melepaskan saya namun mereka sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah.

“Sejak daripada itu saya berasa bebas daripada Raihan. Satu Malaysia susah hati apabila saya umumkan keluar daripada Raihan,” kongsinya.

@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ♬ original sound – nazreyjohaniofficial

Kumpulan Raihan pernah mencipta sejarahnya tersendiri apabila menerima 17 trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia menerusi album Puji-Pujian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut, malah ada juga yang mengimbau kenangan ketika kumpulan itu berada pada kemuncak kejayaan.

Sumber: TikTok nazreyjohaniofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Aug 2025

Berang Wajah Suami Dikutuk Tak Kacak, Eina Azman ‘Sekolahkan’ Netizen – “Handsome Tapi Harap Isteri Kerja Siang Malam Buat Apa?”

Eina menegaskan dia tidak perlu mendapat pengesahan daripada orang luar sama ada suaminya itu kacak atau sebaliknya.

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Events Sun, 7 Aug 2022

Malam Paling Indah! Konsert Anuar, Ziana Zain Ternyata Memukau, Jadi Kenangan Abadi Buat 2,800 Peminat

Anak-anak Pak Zain memang another level! Tahniah Kak Ziana & Abang Nuar♥♥♥

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

error: Content is protected !!