Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2022 @ 5:37pm

“Bukan Tak Laku, Tapi…” – Terima Mesej Ramai Jejaka, Lufya Omar Dedah Ada Lelaki Cuba Masuk Jarum

Selepas tiga tahun menjanda, pelakon Lufya Omar mendedahkan dirinya banyak menerima mesej daripada lelaki yang cuba mendekatinya.

Bagaimanapun, Lufya, 37, mengakui keinginan mahu mencari calon suami bukanlah menjadi keutamaan untuk dirinya buat masa ini apatah lagi dengan status janda beranak satu yang dipikulnya.

“Saja nak beritahu bukan tak laku tapi, terlebih laku. Syukur masih ramai yang sayang dan suka.

“Cuma anak dan keluarga adalah keutamaan saya,” katanya.

Bercakap soal jodoh, Lufya dilihat ada berkongsi pesanan langsung (direct mesej) dari seorang individu yang cuba berkenalan dengannya menerusi Instagram.

Namun, Lufya dilihat secara berseloroh meminta agar individu tersebut menghantar resume untuk disemak.

Sementara itu, Lufya juga menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya anak perempuannya, Laana Haura memberi persetujuan untuk beliau berkawan dengan mana-mana lelaki yang sesuai selepas ini.

“Ada jodoh insyaAllah dengan lelaki yang tepat. Kalau tiada pun, Alhamdulillah. Semoga Allah ganti dengan jodoh yang lebih baik. Apa yang penting, saya bahagia dengan anak,” jelasnya.

Sebagai seorang yang pernah bergelar isteri, Lufya sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk berkahwin semula kerana percaya bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam apa jua bentuk.

“Kita jangan berharap kepada manusia, Belum tentu mereka akan bahagiakan kita.

“Berharaplah sepenuhnya kepada Allah, rezeki Allah itu pasti dan alhamdulillah tak pernah putus,” katanya.

 

Untul rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 namun pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup, padsangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lanaa Haura yang kini berusia empat tahun.

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 May 2025

Puteri Balqis Pengsan Di Set Penggambaran, Pihak Pengurusan Tampil Mohon Maaf

Puteri Balqis bagaimanapun akan meneruskan kerja tertunggak selepas kembali pulih.

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Trending Mon, 25 Mar 2019
Hiburan Wed, 23 Jul 2025

“Yang Datang Tu, Ya Allah…” – Rela Bujang Sampai Tua, Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Soal Jodoh

Fathia Latiff rela bujang sampai tua, serik jumpa lelaki didakwa berperwatakan tak baik

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Bila Bentuk Badan Jadi Bahan Senda Netizen…

Disebabkan itu, dia lebih selesa ambil gambar pada bahagian muka saja. Dia juga tertekan setiap kali orang memberitahu badannya berisi…

Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]

error: Content is protected !!