Featured By: Salma Syahbuddin September 28, 2022 @ 7:29pm

Sedar Diri Tak Cantik, Najwa Latif Enggan Sertai Pertandingan Nyanyian

enyanyi Najwa Latif mengakui kerjaya seninya kini semakin malap selepas dia memilih untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan berbanding bergiat aktif dalam industri hiburan.

Sering diajukan soalan mengapa dia tidak menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh mana-mana stesen televisyen seperti artis lain, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif, 27, menjelaskan dia sedar kemampuan diri serta vokalnya yang disifatkan sebagai sederhana.

“Berkemungkinan besar untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan kerana saya sedar suara saya average dan pakej yang dimiliki jauh dari penyanyi lain,” katanya.

“Saya tidak cantik macam penyanyi lain”

Sementara itu, Najwa menerusi sesi soal jawab Q&A diaplikasi Instagram milknya mengakui, dia tidak memiliki rupa paras yang cantik dan tidak bergaya serta pandai bergaul dengan individu lain menyebabkan beliau berasa ‘kurang’ sesuai untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat. Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” jelasnya.

Untuk info, Najwa mula dikenali apabila kerap berkongsi bakat nyanyiannya di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi.

Manakala, lagu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertama beliau turut membantu menaikkan lagi nama Najwa dalam industri nyanyian tanah air sehingga membawanya ke pentas final Anugerah Juara Lagu 26 ketika masih berusia 16 tahun.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 20 Aug 2018
Featured Thu, 1 Jul 2021

Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, […]

Events Tue, 17 Dec 2019

Air Supply Masih Berbisa, Tinggalkan Momen Manis Buat Peminat Di Malaysia

Air Supply The Lost In Love Experience In Genting Superb!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Thu, 7 Jan 2021

“Kes Paling Tinggi” – Sistem Kesihatan Kini Di Tahap Genting, KKM Cadang PKP Bersasar Di Kawasan…

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan  sebanyak 2,593 kes baru Covid-19 sekaligus menjadikan kes tertinggi pernah direkodkan di Malaysia.  Bimbang dengan situasi tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham mencadangkan PKP secara […]

Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!