Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 29, 2022 @ 8:31pm

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Pelakon jelita, Nur Fazura bertanya soalan kepada ibu bapa di luar sana mengenai situasi dikritik orang asing gara-gara anak.

Fazura, 39, berkongsi sebuah hantaran di Instagram miliknya memaparkan gambar percutiannya sekeluarga, namun apa yang menarik perhatian adalah luahan hati isteri kepada aktor Fattah Amin di ruang kapsyen.

“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang, dan mereka gementar dalam perjalanan di udara?

“Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula Anak Syurga, autistik.

“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik ‘IF YOU GUYS CAN’T HANDLE YOUR KIDS, THEY SHOULD’NT BE FLYING!!” sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?,” soalnya.

Difahamkan Fazura baru sahaja pulang dari bercuti di Langkawi bersama keluarga tercinta.

Dalam hantaran sama, Fazura sempat menitipkan doa kepada semua ibu bapa agar diberi kekuatan dalam menjaga anak-anak.

“Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada semua ibu bapa terutama para ibu dalam menjaga amanahNya. Amiin,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti Catriona Ross yang baru-baru ini mendedahkan perasaannya menjaga anak autistik turut meluahkan perasaan mengenai isu tersebut.

“OMG how mean is that??! So rude! People should be more empathetic towards children especially special children! My son is Autistic too. May Allah grant sabar in us all. Much love from me to you & the family Fazz,” katanya.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi sama seperti aktres jelita ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Jun 2018
Hiburan Mon, 28 Oct 2019

‘Mama Minta Maaf…’- Fauziah Nawi

Al-Fatihah. Salam takziah buat seluruh keluarga seniwati Fauziah Nawi…

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Ebby Yus, Usop Gahai & Fuad Nasir Angkat Loghat Nogori Dalam ‘Jom Balik Raya’

Jom Balik Raya merupakan lagu hasil kolaborasi Ebby Yus bersama dua bakat muda, Usop Gahai dan Fuad Nasir.

Hiburan Thu, 30 May 2019

Meriahkan Raya Korang Dengan Seleksi Lagu Raya Baharu Dari Artis Rocketfuel Entertainment!

Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid.

Selebriti Fri, 10 Nov 2023
Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Cili Padi Alasan Vokal Ayu Tak Sehebat Dulu?

Walaupun sibuk di kebun cili, Ayu Damit masih menerima undangan nyanyian.

Eat Travel Tue, 19 May 2020
error: Content is protected !!