Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2022 @ 7:25am

Hadir Sokong Menantu Jayakan Teater, Yusof Haslam Gembira Lihat Puteri Sarah Aktif Berlakon – “Tak Nak Dia Terperap Di Rumah”

Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam gembira melihat menantunya, pelakon Puteri Sarah kembali aktif di persada seni.

Hadir memberi sokongan kepada Sarah membintangi teater Maduku Terpaling Kalut yang membuka tirai malam tadi, Yusof menggalakkan menantunya kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Saya datang pada malam ini untuk memberi dorongan kepada menantu saya yang pertama kali berlakon teater. Dia ada menjemput saya untuk hadir dan sebagai bapa mentua, saya datang menyokong,” katanya.

Selepas bernikah dengan pengarah Syamsul Yusof pada 2014, Sarah memperlahankan karier lakonan untuk memberikan tumpuan terhadap keluarga dan anak-anak.

Tambah pengarah filem Sembilu itu, dia sendiri tidak mahu Sarah tinggal di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti.

“Saya gembira lihat Sarah kembali rancak berlakon. Saya sendiri galakkan dia aktif mengambil tawaran kerana saya tak mahu dia asyik terperap di rumah. Nanti dia lagi tertekan.

“Jika dia tertekan, perkara itu sebenarnya tak elok untuk kesihatan dan tak bagus untuk masa depan. Bagi saya, dia perlu keluar bekerja memandangkan bidang lakonan adalah minatnya,” katanya lagi.

Yusof ditemui pada pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, Damansara malam tadi.

Selain Sarah, teater arahan sutradara Azhar Zainal ini turut menampilkan Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Curly Jow dan Aya Amiruddin.

\

Hari pertama pementasan terbabit berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 penonton serta selebriti seperti Dafi, Zulin Aziz, Zoey Rahman, Ramlah Ram, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini dan tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Terperangkap Dalam Gua, 12 Pemain Bola Sepak Thailand Ditemui Selamat

Alhamdulillah…semuanya selamat. Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat. Semoga segalanya lancar!

Trending Sun, 2 Sep 2018

33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat

Penutupan 33 klinik berkenaan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk

Featured Sun, 29 Jun 2025
Hiburan Tue, 21 Jan 2025
Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

error: Content is protected !!