Euforia Bola 2026
Filem By: Padin September 29, 2022 @ 6:58pm

Garapan Kemas Mencuri Raden Saleh

Mind blowing!

Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran selepas selesai menonton filem Indonesia, Mencuri Raden Saleh.

Filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu.

Di seberang, filem yang menggarap lakonan enam anak muda ini berjaya meraih lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan.

Pada awalnya, plot penceritaan kelihatan sedikit membosankan. Mungkin agak sukar untuk penonton memberikan fokus terhadap apa yang terhidang kerana susur cerita bergerak perlahan.

Namun, masuk sahaja ke bahagian seterusnya, penonton dihidangkan dengan cerita dan aksi menarik enam remaja yang merancang rompakan.

Garapan kemas naskhah arahan Angga Dwimas Sasongko ini membuatkan penonton tidak berganjak selama dua jam setengah dan ‘laparkan’ adegan seterusnya.

Apa yang menarik ialah ‘twist’ yang dihidangkan dalam karya ini. Ternyata ia berjaya ‘menipu’ penonton dan membuatkan mereka yang hadir meninggalkan pawagam dengan senyuman.

Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.

Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.

Menampilkan Iqbaal Ramadhan (Dilan), Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3), Aghniny Haque (KKN di Desa Penari), Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3) dan Ari Irham (Generasi 90an : Melankolia), Mencuri Raden Saleh mula ditayangkan di Malaysia pada 22 September lalu.

4.5/5 bintang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 13 Apr 2023

Ulasan Jujur Filem ‘Seindah Kasih’

Cerita ni membawa kelainan!

Filem Thu, 19 Dec 2019

首战歌舞剧!王竣原腾直呼「没什么挑战性」

《春天花花花啦啦!》延续着前两部曲的形式,以不同的方言、轻松欢乐的歌舞方式呈现剧情,而新加入阵容的王竣与原腾更因此献出歌舞剧处女秀。

Filem Fri, 15 Jun 2018

学校假期特备:3部动画让你一次看个够!

平时学校的课业繁重,放学后又得补习,丝毫没有玩乐的时间;所以不管是放纵还是严加管教,趁着这个学校假期就让孩子歇一歇,观看由tonton特备为孩子们精心准备的动画。

Filem Wed, 29 May 2019

#xtraGiveaway: Join THIS Batman Contest And Win a Golden Chance To Meet Your Superhero!

Are you excited to see your favourite Superhero? You can join the Batman contest right here, right now!

Filem Fri, 31 Aug 2018

Kenapa Bront Palarae Berkerusi Roda?

Filem One Two Jaga arahan Nam Ron ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi , Chew Kin Wah, Ario Bayu, Asmara Anigail, dan Rosdeen Suboh. Filem ini juga bakal menemui peminatnya diseluruh Malaysia  bermual 6 September ini. Jangan Ketinggalan!

Filem Thu, 14 Dec 2017
Filem Fri, 24 Nov 2017

父母是外星人,还和自己的孩子开战!漫威这电视剧真劲爆!

漫威最新电视剧《离家童盟》(Runaways)讲述了六名青少年无意中发现了他们的父母是“Pride”的邪恶组织,因而父母计划杀掉自己的孩子,于是六名少年少女不得不离家出走……

Filem Fri, 2 Aug 2019

年轻「好声音」轮番登台!导师走心分享音乐经历

本周《中国好声音》又一群新生代「好声音」将人来他们人生的第一次「大考」!

Filem Tue, 23 Jan 2018

IS F.R.I.E.N.D.S REALLY MAKING A REBOOT? FANS ARE SUPER EXCITED

It has been almost 14 years since the final episode of Friends was aired on TV, yet fans of the sitcom still want more.

error: Content is protected !!