Featured By: Fatin Nurain October 3, 2022 @ 4:00pm

Makan Sambil Menangis, Penangan Bella Astillah Bawa Watak Nuha Dipuji Ramai

Pelakon Bella Astillah tidak putus-putus menerima pujian ramai selepas menjayakan watak Nuha menerusi drama Aku Tanpa Cintamu dalam slot Samarinda, TV3.

Menerusi perkongsian di TikTok, Bella telah memuat naik videonya yang sedang makan sambil menangis seakan terbawa-bawa watak isteri yang didera emosi dan disakiti oleh suaminya menerusi drama itu.

“Sayang.. kau menilai ku salah 😔” – Nuha #AkuTanpaCintamu,” tulisnya.

@bellaastillah_94 “Sayang.. kau menilai ku salah 😔” – Nuha #AkuTanpaCintamu ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut terkesan dengan perkongsian itu dan memuji kehebatan lakonannya.

“Love sangat2 dengan lakonan kak Bella, setiap hari tunggu nak tengok Cite tu.

“Don’t be sad bella. Dalam hidup sebenar, u are really strong girl.

“Saya suka tengok awak bella, lembut…sesuai ngan watak awak.

“Watak Nuha ni mmg btl2 menggambarkan Isteri tersakiti,” komen peminatnya.

Selain Bella, drama arahan Emi Suffian itu juga dibintangi oleh Zamarul Hisham, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Jangan lupa tonton drama Aku Tanpa Cintamu di slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 30 Dec 2018

Bagaimana Untuk Membaiki Isu Whatsapp Skrin Putih Di iPhone X

Jika anda mencari penyelesaian untuk masalah skrin putih pada whatsapp iphone X, ikuti langkah ini mungkin dapat selesaikannya

Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Kunto Aji Berjaya Rawat Rindu 2,0000 Peminat Di Kuala Lumpur

Kehadiran penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa berasal dari Yogyakarta, Indonesia, Kunto Aji sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat di Malaysia. Konsert Nusafest Kunto Aji yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu ternyata […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林文荪化身女Rapper首献处女秀!真心细诉音乐梦心路历程

向来唱民族、艺术歌曲,全身散发着文青女气质的林文荪,摇身一变狂野女Rapper,献唱亲自填词的饶舌曲,真心细诉音乐梦心路历程。

Featured Fri, 3 Apr 2020
Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

“Hot girls don’t waste their tears” katanyaaa. Cewahhh, Cantik warna rambut Amelia kan 🤩🥰 Betullah macam Mermaid Ariel 🤩