Hiburan By: Padin October 1, 2022 @ 4:59pm

Fit For Action: Amir Mahu Jadi Anak Seni Versatil

Amir Mirza, anak muda yang berumur 24 tahun ini yakin mampu menjadi penyanyi dan pelakon yang hebat dan boleh menjadi seorang yang serba boleh dalam industri hiburan sebagaimana yang telah dibuktikan oleh idolanya Alif Satar.

Amir memulakan karier dalam industri seni di sebuah pertandingan Lagu Cinta Kita Musim Ke-2 dan sudah mempunyai 2 single iaitu Hadir dan Graviti. Walaupun sudah membina nama di dalam industri sebagai penyanyi, Amir ingin mencuba menjadi seorang pelakon kerana berminat dengan bidang lakonan setelah diberi peluang berlakon untuk dua telefilem.

“Sebelum saya menyertai Fit For Action, saya sudah ada pengalaman berlakon dalam dua telefilem. Namun pada ketika itu saya sangat mentah dalam lakonan dan tidak mengetahui apa-apa tentang lakonan. Suatu perkara yang membuat saya ingin mencuba lakonan ialah ketika saya berlakon, saya dapat merasai menjadi seseorang yang lain dan bukan diri sendiri.

“Saya memang nak tapau nyanyian dan berlakon sekali, tapi untuk waktu sekarang saya ingin memberi fokus sepenuhnya kepada lakonan sebab nyanyian boleh dikatakan benda biasa dan semakin ramai penyanyi baharu dalam industri. Berlakon adalah sesuatu yang baru buat saya, jadi saya ingin mendalami industri lakonan,” katanya.

Tambah Amir lagi, dia amat meminati Alif Satar dan menjadikan Alif sebagai idolanya.

“Saya menjadikan Alif Satar sebagai idola saya kerana saya menyukai karakter dan cara pembawaan beliau dalam industri. Buat masa sekarang, saya rasa saya belum setanding dia, Alif Satar adalah seorang all rounder kerana beliau boleh menyanyi, berlakon dan mengacara. Saya ingin mengikut jejak langkah beliau.

“Saya minat untuk berlakon watak aksi seperti polis, tentera atau penjahat kerana saya sendiri mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri. Saya telah menceburi seni mempertahankan diri capoeira sejak seawal usia 12 tahun.

“Walaupun begitu, jika diberi watak yang lembut, saya akan menerima dan mendalami watak itu sebaik mungkin kerana saya ingin menjadi seorang pelakon yang versatil,” ujar Amir.

Adakah Amir berjaya melayakkan diri sebagai salah seorang finalis Fit For Action? Saksikan perjalanan Amir dalam Fit For Action pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Fit For Action ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon-layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip.

Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Raja Ilya Terkejut Dilamar Kenalan Lama

Raja Ilya yang merupakan pemilik bisnes Richiamo Coffee ini juga memberitahu bakal suami sudah 15 tahun bersendirian tanpa kekasih. Namun hatinya tergerak untuk berkahwin selepas menemuinya.

Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

Featured Wed, 24 Apr 2024
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

’Tanya Diri Sendiri Macam Mana Kau Kerja’- Che Ta Berang Dakwaan Bekas Pemandu

Che Ta tampil menyangkal dakwaan bekas pemandunya di laman sosial!

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Sajat Pun Buat ‘Tour’ Di Rumah Sendiri?

Dalam episod kali ini Sajat juga turut berjumpa kawan baiknya iaitu Dato Aliff Syukri untuk membincangkan tentang perniagaan mereka. Dah alang-alang berjumpa tu apalagi, Sajat sempat menari Panama Dance dengan abang terlajak laris kita ni tau! 

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Terkejut min! 🤣 Macam macam lah president TikTok kita ni laju je ikut trend ek

Featured Wed, 19 Apr 2023