Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 4, 2022 @ 6:31pm

“Muka Hayder Sangat ‘Good Boy'” – Foto Anak Eyra Hazali Masuk Sekolah Jadi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sering menjadi tumpuan warganet dengan telatah comelnya.

Terbaharu, Hayder yang kini berusia 2 tahun sudah pun memulakan sesi pra sekolah semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, berkongsi foto anak sulungnya itu dengan memaparkan Hayder mengenakan uniform sekolah.

“Dah besar anak sulung Mama. Doa mama papa sentiasa iringi Hayder,” tulis Eyra.

Sebagai seorang ibu, pasti Eyra menitipkan doa buat putera sulungnya itu apabila memasuki alam persekolahan.

Perkongsian pelakon Nur 2 itu kini telah meraih lebih 10,000 ulang kicau dan 51,000 tanda suka serta dihujani dengan ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Hayder menjadi anak yang soleh yang menjadi kebanggan ibu dan bapanya malah ada juga meluahkan betapa cepatnya masa berlalu apabila Hayder sudah memasuki alam persekolahan.

Eyra Hazali mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Sumber: Twitter EyraHazali21

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Featured Tue, 6 Sep 2022

Terpaling Juara: “Mana Datang Hiasan Sanggul?” – Peminat Siti Nurhaliza Berang Salah Lirik, Tapi.. Ramai Puji Shaz Sangat Profesional!

Alamak, tapi persembahan Shaz sangat memukau! Terbaik Shaz kekal tenang walaupun tersalah lirik 🥰

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

[VIDEO] Yazmin Aziz & Kekasih Hati Berbalas Ciuman, Netizen Pertikai Status Agama

Yazmin Aziz dikritik cium mulut dengan kekasih hati

Featured Wed, 10 Dec 2025

“Kau Orang Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Buat, Baik Duduk Diam” – Fizo Omar Tegur Tindakan Netizen ‘Rate’ 1 Bintang Restoran Milik Khairul Aming

Fizo menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar serta boleh menjejaskan reputasi perniagaan orang lain.

error: Content is protected !!