Euforia Bola 2026
FESYEN By: SGMS Putri December 27, 2017 @ 4:40pm

Jualan Kasi Licin di Butik Qashmeera, Nilai

Berita baik bagi wanita berhijab! Sebagai tanda penghargaan kepada para penggemar tudung keluaran Qashmeera, butik ini sedang menjalankan jualan akhir tahun dengan harga terbaik dari ladang. Bukan rekaan biasa-biasa tau, semuanya up to date, terkini dan paling penting sesuai untuk digayakan di mana-mana. Pemilik Qashmeera Hijab, Rosli Hamzah ketika ditemui memberitahu syarikat ini bakal dijenamakan semula bermula awal tahun 2018.

“ Butik Qashmeera dalam proses ‘spring cleaning’ yang mana sebanyak 14,000 helai tudung perlu ‘dilicinkan’ sebelum projek terbaru kami bermula,” katanya.

Butik yang mula beroperasi sejak tahun 2016 ini mula mencuri tumpuan penduduk Bangi namun atas faktor keluasan lokasi, Qashmeera berpindah ke Bandar Baru Nilai sejak Februari lalu.

“ Saya nak jemput sebahagian besar penduduk Nilai dan berdekatan untuk datang support kami di Qashmeera Hijab. Ada banyak koleksi yang boleh anda dapatkan dengan harga bermula dari RM 25 – RM 100 sahaja, tak mahal tau,” katanya.

Dalam pada itu, Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Cik Li turut mengumumkan kerjasama Qashmeera dengan seorang pereka fesyen yang tidak asing lagi, Amir Kadir.

Menerusi projek terbaru Qashmeera Bridal, butik ini akan menghasilkan baju pengantin ‘ready to wear’ (sedia untuk dipakai)yang bakal mendapat sentuhan pereka fesyen hebat itu!

Dari kiri penyanyi Ayu Damit, Amir Kadir, Cik Li, pelakon Aleza Shadan dan pelakon Lisdawati di Butik Qashmeera, Nilai

Siapa yang tak kenal Amir Kadir! Beliau pernah menghasilkan pakaian untuk Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza dan juga Datin Seri Normala Samsudin.

Busana rekaan beliau juga pernah dipakai oleh bintang Hollywood iaitu Jennifer Lopez dan penyanyi Taylor Swift. bahasBercakap mengenai kolaborasi antara Qashmeera Bridal dan Amir Kadir, pereka ini melihat Qashmeera Bridal bakal memenuhi ‘selera’ bakal pengantin dengan bajet sederhana.

” Ini salah satu usaha saya dalam membantu peniaga bumiputera lain dalam industri fesyen. Saya akan guide Qashmeera Bridal agar berada dalam landasan yang kukuh.

” Dengan lambakan jenama yang terlalu banyak di pasaran hari ini, kita perlukan idea dan rekaan yang segar dalam menambat hati sekaligus mencanak permintaan bakal-bakal pengantin di luar sana. Tunggu hasil kerja Qashmeera Bridal by Amir Kadir bermula awal tahun depan, Insha Allah,” ujarnya.

So ladies, hujung minggu ni ajak husband, mak, ayah, kakak, abang, adik dan kawan-kawan datang ke Butik Qashmeera bertempat di Bandar Baru Nilai. Bukan saja tudung, malah banyak jubah, baju kurung, kurta dan macam-macam lagi untuk dijual dengan harga mampu milik. Jangan lupa tau! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 5 Feb 2019

Discover Upcoming Hotspot Chengdu in Class and Style

The Temple House announces a curated experience offering an active exploration of one of China’s most talked about emerging cities with award-winning spa treatments and vegan dishes

LIFESTYLE Tue, 17 Apr 2018

美国最新研究:久坐不仅伤身还伤大脑

美国一项新研究说,久坐对身体健康的影响不仅限于过去发现的会增加心脏病风险等,对中老年人的大脑也有一定负面影响。

Fab Foodies! Mon, 6 Aug 2018

你挑食吗?8种「难吃蔬菜」每个都是营养高手

多吃蔬菜对身体好!蔬菜种类非常之多,但总有你不喜欢吃的食物,你最不喜欢吃哪一种?

Featured Tue, 13 Dec 2022
LIFESTYLE Wed, 21 Aug 2019

Patutlah Duit Syiling Ada Jalur Pada Bahagian Tepi

Baru tahu tentang fungsi jalur di tepi duit syiling

LIFESTYLE Wed, 18 Jul 2018

羡慕朋友狂吃不运动还是瘦?「吃不胖体质」9成身体都有问题

许多人生活周遭都会出现一种人,就是跟朋友聚餐狂吃夜夜笙歌,却怎样都还吃不胖;但其实真相却可能没这么简单,「吃都吃不胖」的人未必把好处占尽,专家解释可能会……

Fab Foodies! Fri, 9 Feb 2018

MAKAN BESAR DENGAN AYAMAS ‘GOLDEN SESAME ROASTER’

Ayamas menampilkan resepi yang cukup istimewa.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Gaya Neelofa Di KLFW 2018 Dikritik Netizen?

Namun apa yang menarik perhatian, kemunculan Neelofa di pentas KLFW 2018 telah mengundang kritikan sebahagian besar netizen di media sosial.

LIFESTYLE Mon, 2 Sep 2019

9 Fungsi Luar Biasa Daun Pandan Kepada Kesihatan

Ingatkan kerana rasa, bau dan aromanya yang wangi, kuat dan menyelerakan rupanya ada khasiat yang lain

Fab Foodies! Mon, 8 Oct 2018

Hebatnya Sebiji Kentang Dapat Membantu Turun Berat Badan

Vitamin B, potassium, dan vitamin C sensitif terhadap air dan panas, sehingga mudah untuk hancur dengan metode masak tertentu.

error: Content is protected !!