Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 6, 2022 @ 2:37pm

Sering Dikritik Gara-gara Penampilan Mencolok Mata, Ini Respons Eyka Farhana – “Ada Artis Lain Lebih Seksi, Mungkin Mereka Dah Biasa Nampak Saya…”

Pelakon sensasi Eyka Farhana tampil menjawab komen segelintir netizen mulut celupar yang mengkritik penampilannya semakin seksi.

Memetik laporan Kosmo, Eyka berkata komen-komen negatif yan dilemparkan netizen kepadanya dianggap sebagai bersifat subjektif.

Sementara itu, Eyka turut menjelaskan penampilannya yang dikatakan ‘seksi’ itu bukanlah sesuatu yang baharu.

“Bila sebut tentang seksi, perkara ini bersifat subjektif sebenarnya. Sebab dari dulu lagi orang sudah tahu saya begitu (seksi). Saya memang pakai seluar pendek.

“Malah ada juga artis lain yang lebih seksi, namun pendapat netizen berbeza pula terhadapnya,” ujarnya.

Eyka mendakwa segelintir netizen terkejut melihat penampilannya yang terdedah sehingga tidak henti dihakimi seksi akibat sudah terbiasa menonton drama lakonannya yang sering menampilkan imej sopan dan tertutup.

“Mungkin sebab kebanyakan pakaian saya ketika berlakon sopan dan tertutup. Jadi bila sesekali saya pakai pakaian terdedah seperti skirt misalnya, penampilan saya menjadi isu bagi netizen.

“Jadi netizen sebenarnya sudah terbiasa tengok saya sopan dalam drama, tapi bila di luar begitu (seksi),” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 28 tahun itu menerima setiap kritikan netizen serta akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian.

“Tapi kalau betul pakaian yang saya pakai itu dikatakan sangat keterlakuan, saya tidak akan pakai lagi selepas itu,” katanya.

Selebriti kegemaran ramai ini mengambil pendekatan untuk mengunci mulut atau berdiam diri daripada membalas setiap kecaman netizen berhubung kontroversi penampilannya yang dianggap keterlaluan.

Sebelum ini, nama Eyka menjadi perbualan hangat netizen di serata media sosial selepas tular sebuah foto dirinya seakan menayang lurah badannya ketika sedang bercuti.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Bukan itu sahaja, Eyka turut menjadi perhatian netizen selepas tampil berani membuat iklan memakai koleksi pakaian dalam jenama terkenal antarabangsa sehingga terdedah pusat menjadi buah mulut netizen.

Artikel Berkaitan: Beraksi Manja Atas Sofa, Netizen Kecam Eyka Farhana Tampil Seksi Tayang Pusat Menerusi Kempen Pakaian Dalam

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm
sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Trending Mon, 30 Dec 2019
Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Alhamdulillah, tahniah Syafiq dan isteri đŸ„°â€ïž

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlakuđŸ€§

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Malaysia, wake up! Betul apa kata Amylea tu…sayang sekali kalau orang berbakat besar macam Kaer tak dapat perhatian ramai.

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!