Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Putri December 26, 2017 @ 5:13pm

10 Tanda Dia Jodoh Anda

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

  1. Bersahaja

    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

  1. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

  1. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

  1. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

  1. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. 

  1. Senang Bekerjasama

Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

  1. Memahami Diri Kita

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

  1. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya!

  1. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

  1. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: Bloger iKahwin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 12 Jun 2018

Elak ‘Microsleep’, Jangan Teruskan Perjalanan Jika Mengantuk!

Microsleep biasanya berlaku ketika pemanduan di jalan lurus atau sejam selepas makan. Ambil masa untuk berhenti dan berehat, jangan risau… takkan lari kampung anda. Pasti sampai!

Events Mon, 4 Jun 2018

Duit Raya! Penjawat Awam Selangor Dapat Satu Bulan Gaji

Beliau turut mengumumkan 10 peratus daripada bantuan khas kewangan itu akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia dan ia hanya dikenakan kepada pegawai gred 44 ke atas.

Automobile Sun, 29 Apr 2018

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Ini lah rahsia di sebalik gambar yang cantik macam artis kpop korang!

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

LIFESTYLE Mon, 6 Jan 2020

Antara Makanan Menjadi Penyumbang Kepada Risiko Keracunan Makanan

Siapa yang pernah mengalami masalah ini pastinya setuju dimana ianya mengganggu perjalanan tugasan harian.

LIFESTYLE Sun, 18 Feb 2018

Khasiat Daun Sireh Bagi Bayi

Khasiat Daun Sireh Bantu Rawat Batuk Dan Hidung Tersumbat Bayi

LIFESTYLE Thu, 10 Oct 2019

抽电子烟无害?纽约大学研究首证实:2成实验鼠罹肺腺癌

抽烟危害健康,导致越来越多人改抽电子烟,电子烟,近年兴起的新形态烟品,据说抽电子烟有比较健康吗?

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

这8种食物「吃一口胖1公斤」想减肥请戒除

饮食习惯更是控制体重的一大关键!想要成功瘦身,那么以下8种食物你千万要忌口,否则很可能让你的减肥计画通通泡汤,吃一口胖3斤!

Events Tue, 27 Aug 2019

Resorts World Genting Sets Fireworks in the Sky in Celebration of Merdeka

Stunning music-synchronized fireworks display at Resorts World Genting to mark Independence Day.

LIFESTYLE Thu, 6 Dec 2018

Maksud Penutup Warna Air Mineral Anda.

Penutup air mineral bukan sahaja di warnakan untuk branding tetapi ada maksud disebaliknya

error: Content is protected !!