Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 8, 2022 @ 6:08pm

Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’, Kini Nama Ifa Raziah Pula Kena ‘Petik’ – “Nama Tiada Dalam Sistem”

Walaupun sepi seketika dari kontroversi sejak dirinya tersingkir pada konsert Terpaling Juara lalu, kali ini penyanyi Ifa Raziah sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila, ada yang mendakwa gelaran ‘Datuk’ yang dimilikinya itu palsu.

Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, beliau memaklumkan gelaran ‘Datuk’ milik penyanyi itu tidak terdapat dalam sistem istiadat berkenaan.

@putihshushu Membalas kepada @Fidq Jamal Puan Saripah Raziah tiada gelaran Datuk dari Negeri Perak berdasarkan data di istiadat.gov.my @MissDivaifaraziah ♬ bunyi asal – Putihshushu

 

Bagaimanapun, individu berkenaan memuji sikap Ifa apabila dia tidak pernah menggunakan dan menggembar-gemburkan gelaran tersebut.

“Membalas kepada @Fidq Jamal Puan Saripah Raziah tiada gelaran Datuk dari Negeri Perak berdasarkan data istiadat.gov.my @MissDivaifaraziah tapi dia baik, tak guna pun gelaran. Tapi takde pun data dalam sistem. mcmana ni?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, terdapat segelintir warganet yang menyatakan bahawa sistem laman web rasmi berkenaan masih belum dikemas kini memandangkan sebelum ini Ifa pernah menunjukkan bukti beliau telah menerima gelaran tersebut.

Sebelum ini, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha telah menerima gelaran ‘Datuk’ daripada kerajaan negeri Perak sekitar tahun 2016.

Untuk rekod, isu gelaran ‘Datuk Palsu’ menjadi tular selepas status ‘Datuk Seri’ suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dipertikaikan.

Malah, beberapa rakan selebriti juga turut terpalit dengan isu sama namun, ada yang tampil menjelaskan gelaran suami mereka adalah sahih.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Terkait Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’, Eina Azman & Fouziah Gous Tak Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Timbulkan Isu Mengenai ‘Datuk Seri’ Suami Heliza, Individu Sama Pertikai Gelaran Suami Fouziah Gous & Eina Azman?

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

“Pencalonan Kategori Pengarah Terbaik FFM 33 Jadi Pengiktirafan Kerja Keras Semua Pihak” – Sabri Yunus

Sabri Yunus sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman tanah air apabila tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33.

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Selebriti Sun, 31 Dec 2023
Hiburan Wed, 7 May 2025

PU Syed Tegur Ameera Khan, Jefri Nichol – “Belum Halal, Tak Malu Tayang Aksi Mesra?”

Cium Pipi, riba, PU Syed tegur Ameera Khan Jefri Nichol papar aksi mesra

error: Content is protected !!