Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 11, 2022 @ 6:57pm

[VIDEO] Kongsi Klip Nyanyian Di TikTok, Individu Persoal Suara Siti Nurhaliza Berbeza?

Baru-baru ini, seorang individu memuat naik sebuah video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan di rancangan televisyen.

Menerusi video perkongsian tersebut, individu itu berkongsi dua versi nyanyian Siti Nurhaliza iaitu ketika secara langsung dan ketika didengari melalui televisyen.

Oleh itu, individu menerusi akaun TikTok bernama @citylita dilihat mempersoalkan mengapa suara penyanyi kesayangan ramai itu mengalami perbezaan.

“Bila tengok live lain gila suara Siti. Sedap merdu je. Tapi bila tengok dekat televisyen, aik? Asal macam besar suara dia. Why why,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.

@citylita Bila tengok live lain gila suara Siti. Sedap merdu je. Tapi bila tengok kt tv, aik? Asl mcm besar suara dia 😥. Why why 🥹 #terpalingjuara #sitinurhaliza #livinglegend ♬ original sound – Lita

Susulan itu, ada beberapa warganet yang tampil memberi penjelasan dan pandangan mengenai perbezaan suara Siti Nurhaliza seperti yang didakwa.

“Live studio & broadcast memang akan ada beza sikit. Plus, echo & ambience studio tu yang buat suara bergema lain bila masuk tv. Tak semua boleh kasi full blast.

“Biasanya live sound dengan broadcast sound mixing dia dibuat oleh 2 engineer berbeza. Broadcast punya sound mix tricky sikit,” jawab warganet.

Dalam pada itu, ramai yang tidak dapat menafikan bahawa suara pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu lebih merdu ketika didengari secara langsung sehingga mampu membuat pendengar meremang apabila dengan nyanyiannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

DAYANG NURFAIZAH TERUJA WALAUPUN NERVOUS. TAHNIAH!

Dayang turut menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit nya yang terdahulu seperti, Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, dan banyak lagi. 

Featured Fri, 6 Mar 2020

Mahu kening bayi cantik bila besar, ikuti panduan ini

Mudah sahaja, lagipun guna bahan semula jadi

Featured Thu, 25 Nov 2021
Hiburan Fri, 14 Nov 2025
Events Sat, 12 Oct 2019
Featured Sun, 28 Oct 2018
Trending Thu, 14 May 2020

Berita Tular Tentang Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM

Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab ye.

Hiburan Sat, 10 Aug 2024
error: Content is protected !!