Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 13, 2022 @ 9:01pm

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Individu ‘Claim’ Cicit Nabi Muhammad, Netizen Puji Cara Orang Berilmu Jawab

Baru-baru ini, seorang individu berasal dari Fes, Maghribi yang hadir ke Malaysia sebagai tetamu jemputan bersempena sambutan Maulidur Rasul minggu lalu mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Ekoran itu, individu tersebut mencetuskan kontroversi dan meraih perhatian netizen yang tidak senang duduk dengan pendedahan berkenaan sehingga fotonya tular di serata media sosial sehingga hari ini.

Terbaru, pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil bersuara bagi memberi pendapat peribadinya mengenai individu berkenaan dalam sebuah ceramah.

Menerusi video tersebut, UAI mempersoalkan apakah tujuan sebenar individu berkenaan datang ke tanah air, sama ada untuk memberi ceramah ataupun sebaliknya?

“Baru ni ada datang seorang warga Maghribi yang katanya keturunan Rasullullah SAW. Cuma kita nak tanya la orang Kelantan, apa tujuan dia datang ke sana? Dia datang majlis sempena sambutan Maulidur Nabi, betul tak?

“Dia ceramah ke tidak? Dia ada kutip duit orang tak? Kalau tak ada, apa yang menjadi masalah? Dia cop passport dari Maghribi masuk ke Malaysia secara halal.

“Individu tu dakwa dia keturunan Nabi, kalau betul dia keturunan Nabi macam mana?  Kalau tidak keturunan Nabi pulak macam mana?,” katanya dalan nada bersahaja serta mencuir hati tetamu.

Mengulas lebih lanjut, UAI meminta semua pihak untuk menyerahkan segala tuntutan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

“Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk memastikan dia memang adalah keturunan Nabi ataupun sebaliknya. Faham? Nanti pihak kerajaan akan buat keputusan.

“Kalau kita orang pertikai keturunan kita, apa perasaan rasa? Orang tak kenal kita, tapi orang pertikai keturunan kita. Suka tak? Kalau dia keturunan Nabi, Alhamdulillah. Kalau dia bukan keturunan Nabi, tak ada masalah sikit pun,” katanya.

Sementara itu, UAI turut berkata ada perkara lain yang lebih penting dan wajar diutamakan iaitu penyanyi dan penari yang hadir ke Malaysia bagi tujuan membuat konsert disyaki hanya mencalarkan akidah terutamanya dalam kalangan pemuda.

“Yang kita bimbang tu bawa masuk penyanyi-penyanyi yang merosakkan minda dan akidah umat Islam di negara kita.

“Macam-macam konsert yang mendedahkan aurat dan sebagainya. Terang-terang merosakkan, penangan melakukan maksiat kemungkaran di negara kita dan kita benarkan.

“Orang tu mari ke majlis sambutan Maulidur Rasul tak ada masalah sikit pun. Saya pun tak kenal dia, cuma kita sebagai orang Islam, kita perlu Husnuzon dengan bersangka baik selagi tidak ada tanda individu tu bawak mudarat kepada orang lain,” katanya lagi.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.4 juta tontonan, 115,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Menjengah ke ruangan komen video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen membanjiri dengan pujian kepada UAI yang kagum dengan cara penjelasan dan penyampaian beliau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Feb 2019

9张图告诉你「30岁之前和30岁之后」的超中肯生活

对许多人来说, 30岁是个心理上的重要里程碑!有些女生或许会害怕跨过这个年龄……

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

TVXQ Changmin Is Taken, SM Entertainment Confirms

Love is in the air and we are happy for Changmin.

Events Fri, 6 Mar 2020

[TRENDING] Susulan kes Dera Anak Angkat, Akhirnya Aliff Syukri Ditahan Polis!

Alahaiiii, sanggup pukul anak semata-mata jaga content youtube sendiri

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Mon, 19 Feb 2024
Featured Mon, 24 Feb 2025
Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Terinspirasi Dengan Aliff Syukri, Ammar Ahyan Minat Nak Sertai Bidang Politik

Ammar Ahyan simpan minat nak ceburi bidang politik.

OMG Thu, 5 Apr 2018

Oppo F7 Bakal Tiba di Malaysia Bulan Ini

Syarikat Oppo Malaysia bakal melancarkan peranti terbaru mereka untuk siri F iaitu Oppo F7 di Malaysia pada bulan ini. Peranti ini dijangka akan dapat meneruskan legasi siri Oppo F yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di negara ini. Dengan […]

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

error: Content is protected !!