Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 13, 2022 @ 3:30pm

“Jahat Sungguh Orang Ni Ya Allah” – Keluarga Neelofa Kesal Dengan Tindakan Individu Tak Hormat Privasi, Netizen Turut Geram

Semalam selebriti dan usahawan Noor Neelofa tampil mengejutkan ramai apabila mendedahkan wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian itu, ramai wargamaya meluahkan rasa teruja dan berdoa selepas melihat wajah comel Bilal yang kini sudah berusia 9 bulan.

Namun, ada juga wargamaya berasa kesal dengan sesetengah netizen apabila mengerti tindakan Neelofa mendedahkan wajah permata hatinya itu selepas tular foto Bilal di media sosial.

Turut meluahkan rasa kesal ialah adik Neelofa iaitu Athisha yang berkata dia kecewa kerana perkara yang dilakukan netizen sememangnya tidak menghormati keputusan kakaknya itu.

“Dia cuma mahukan satu perkara dirahsiakan. Cuma satu sahaja. Kurangnya rasa hormat tak mengejutkan saya lagi,” tulisnya di laman Twitter.

Athisha juga turut memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan mesej ahli keluarganya berkenaan isu tersebut.

Ternyata ahli keluarganya juga turut berasa kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah wargamaya serta turut mendoakan Neelofa dan Haris diberikan kesabaran menghadapi ujian ini.

“Jahat sungguh orang ni Ya Allah, tapi tiada bandingan sabar Neelofa & Haris. Allah pilih untuk hadap ujian ni, kita pun sedih baca, tapi tak guna nak balas.

“Cara Allah nak angkat darjat mu Haris & Bilal ni, MashaAllah…semoga setiap sabar mu Allah hitung,” tulis ahli keluarga Neelofa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut sedih dan kesal dengan apa yang terjadi kepada keluarga kecil itu dan berharap netizen sentiasa memahami dan menghormati keputusan seseorang.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik foto Bilal ketika Neelofa membawanya untuk pemeriksaan di sebuah hospital baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 25 Nov 2019

陶喆和信「坚守承诺」再次回到槟城!用音乐惊艳全场

陶喆和信坚守承诺不计唱酬,再次「回到」槟城用音乐惊艳全场,弥补粉丝的遗憾。

Events Sat, 26 Nov 2022
Hiburan Tue, 28 Jun 2022

“Such A Vibe” – Netizen Puji Persembahan Santai Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz

Konsep persembahan ‘open air’ Dayang Nurfaizah mencuri tumpuan peminat.

Hiburan Sun, 19 Nov 2017

Pelakon Mengaku Dialah Individu Ditahan Polis Akibat Kesalahan Dadah

Nadzmi mendakwa dia terperangkap sehingga ditahan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya.

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon berusia 26 tahun ini memang makin cantik, apa rahsianya ya?

Trending Fri, 6 Aug 2021
error: Content is protected !!