Featured By: Salma Syahbuddin October 14, 2022 @ 6:53pm

“Insya-Allah Akan Ada Good News…” – Isu Rumah Tangga Babitkan Orang Ketiga, Puteri Sarah Puas Hati Penjelasan JAWI

Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mendengar penjelasan mengenai aduan yang dibuatnya pada 6 Julai lalu terhadap Ira Kazar.

Perkara itu dikongsi Sarah menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

 

Menurut Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dia kini sudah jelas dengan penerangan yang diberikan oleh pihak JAWI.

“Saya sering ditanya apa jadi dengan kes ini, adakah ia sudah ditutup sebab kes sivil pun belum ada perkembangan terkini sebelum ini. Jadi ada orang ingat kes ini terkubur. Mana yang benci saya tu mentertawakan saya.

“Jadi, hari ini saya datang ke Jawi untuk bertemu dan mendapatkan jawapan langsung daripada pegawai penyiasat. Hasil pertemuan, Insya-Allah, ada sinar harapan. Saya percaya pada undang-undang dalam negara yang berpihak kepada yang benar.

“Ketika berjumpa pegawai berkenaan, saya sudah jelas dah tahu semua apa yang berlaku. Saya lega dan sangat puas hati tapi saya tak boleh kongsikan. Tunggu tindakan selanjutnya daripada mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hanya Tunggu & Lihat, Puteri Sarah Nekad Bawa Kes Ke Peringkat Atasan – “Saya Akan Terus Berjuang”

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Buntu Keluarga Diganggu ‘Orang Ketiga’, Puteri Sarah Nasihat Ambil Tindakan! – “Jangan Bagi Kena Pijak Kepala Dengan…”

Memetik laporan Harian Metro, kes membabitkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga pelakon ini mengambil masa yang agak lama kerana, ia perlu melalui proses dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Saya juga sudah jelas kenapa mereka ambil masa dan apa langkah seterusnya yang bakal diambil pun saya dah tahu. Jadi tunggu saja. Cuma, apa saya nak beritahu, kalau berkaitan dengan mahkamah memang ambil masa sebab ada proses dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Saya percaya pada Jawi. Mereka tak biar kes ini berlalu begitu saja. Saya juga percaya yang salah tetap salah, benar tetap benar. Jadi terjawab segala persoalan saya. Terima kasih kepada Jawi yang membantu dan menerangkan kepada saya. Saya gembira dengan penjelasan hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, tarikh perbicaraan kes saman Ira Kazar juga telah ditetapkan iaitu pada 25, 28 dan 29 Ogos 2023 bertempat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kami sudah diberikan tarikh perbicaraan. Cuma agak lambat. Ia ambil masa, tapi tak apa. Sabar itu indah dan pasti akan membuahkan hasil baik. Kalau tergesa-gesa, takut hasilnya mengecewakan. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur dengan nyenyak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Akan Sentiasa Berdiri Teguh Disisi Sarah Dan Anak-Anak…”- Puteri Sarah Liyana Dedah Yusof Haslam ‘Kunci’ Sumber Kekuatan

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Luar Boleh Kata Apa Sahaja” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Sengaja Sebar Aib Suami, Beri Respons Bila Dibandingkan Dengan Isu Rumah Tangga Mizz Nina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Nov 2019
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭

Featured Mon, 14 Nov 2022

Sakit Perut Jam 3 Pagi, Hans Isaac Dimasukkan Ke Hospital & Segera Dibedah

Sakit perut jangan buat main ya.. Get well soon!

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

MEET ZAMAERA, MALAYSIA’S HOTTEST FEMALE RAPPER EVER

We at xtra were able to secure an exclusive interview with Malaysia’s very own talented female rapper. In this session, she detailed her journey into rap as well as her own thoughts on the rap industry in the country.

Eat Travel Fri, 9 Nov 2018

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Ia akan dibuka Disember ini kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Trending Wed, 20 Feb 2019

Happy Meal Readers Programme to Instil Family Togetherness Through Reading

Fun reading while filling up the hungry tummies!

Trending Tue, 21 Sep 2021

“Masa Pantang Jaga Makan, Habis Pantang Makan Ayam Goreng…” – Dr. Say Mengaku Isteri Tak Berpantang, Amal Makanan Sihat & Seimbang

Personaliti media sosial dan pengacara, Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin mengakui isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang semenjak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel. Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Sefriel pada […]