Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal May 3, 2018 @ 2:35am

Instagram Bakal Perkenal Sokongan Panggilan Video & Reka Bentuk Semula Laman Explore

Sudah lama kita dengar berita bahawa Instagram bakal memperkenalkan sokongan panggilan video. Baru-baru ini, Mark Zuckerberg mengesahkan ia bakal direalisasikan dan ciri yang dinamakan Video Chat akan hadir ke Instagram tidak lama lagi!

Dengan ciri panggilan video ini, pengguna boleh melakukan panggilan video bersama rakan dan secara berkumpulan melalui tab Instagram Direct. Maknanya, korang haruslah mengikuti profile antara satu sama lain sebelum boleh membuat panggilan video.

Apa yang best, ketika membuat panggilan video, korang juga boleh scroll Instagram pada masa yang sama. Paparan korang akan bertukar menjadi picture-in-picture dan dipaparkan dalam bentuk tetingkap kecil ketika korang melayari Instagram.

Pada ketika ini, bila kita akan menerima sokongan panggilan video, masih belum boleh diketahui. Mungkin dalam minggu atau bulan terdekat ini?

Selain itu, Instagram juga bakal memperkenalkan rekaan semula laman Explore dengan butang baharu di atas lamannya, membolehkan pengguna memilih untuk swipe subjek seperti binatang, fotografi dan seni bina bagi melihat lebih banyak post mengenai sesetengah topik.

Kemaskini terbaru ini juga membolehkan korang meneroka lebih banyak kandungan mengikut minat masing-masing. Korang boleh mencari kandungan baharu, kenalan dan jenama terkini di pasaran untuk diikuti. Jom layan Instagram sekarang!

Ditulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 26 Apr 2022

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bagi Permohonan Selepas 28 April Akan Dibuat Pada…

Umum sedia maklum, Pengeluaran Khas bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun diterima oleh sebilangan ahlinya namun,  masih terdapat segelintir ahli yang masih tidak menerima bayaran disebabkan mereka memohon selepas tarikh 28 April 2022. Oleh […]

Featured Sat, 23 Aug 2025
LIFESTYLE Mon, 3 Jun 2019

Explore Langkawi Wholly with Resorts World Langkawi

There’s more to enjoy in Langkawi than we know!

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Tue, 23 Jan 2024

Genap 3 Hari Bergelar Isteri, Atikah Suhaimie Luah Rasa Teruja – “Macam Tak Percaya, Ingatkan Mimpi”

Yelah… selalu time bercinta on the phone takpun jumpa kejap je kan… Now, dah ada kat depan mata🥰

Kisah Viral Fri, 16 May 2025
Featured Fri, 22 Dec 2023
error: Content is protected !!