Euforia Bola 2026
Trending By: Dharnieya Nur Amelsa October 19, 2022 @ 11:20pm

Kelihatan Awet Muda Walaupun Sudah Berusia 53 tahun, Netizen Terpegun Dengan Kecantikan Maria Farida

Sebut saja nama Datin Seri Maria Farida, tentu saja ramai yang sudah mengenali dirinya oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 53 tahun.

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok menunjukkan Datin Seri Maria Farida bersama usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida sedang menari sambil memperagakan barangan kemas yang dipakainya.

 

Namun, bukanlah barangan kemas itu yang menjadi tumpuan ramai tetapi netizen lebih terpegun melihat kecantikan Maria Farida yang masih kekal awet muda.

Menerusi video tersebut, para netizen turut tertanya-tanya apakah rahsia Maria sehingga boleh kekal awet muda.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada yang mengatakan Maria kelihatan lebih muda berbanding Vida meskipun dirinya itu lebih berusia.

Malah, Maria sememangnya memiliki kecantikan semula jadi dimana ada yang mengatakan pelakon itu tetap cantik walaupun tidak memakai sebarang solekan di muka.

Tegasnya lagi, setiap Wanita mampu memiliki kecantikan semula jadi tersendiri tanpa melakukan apa-apa rawatan yang boleh membahayakan diri.

 

Sumber: Roti Kaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 May 2023

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Tak salah minat sesuatu perkara tapi kena lah berpada-pada juga kan

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Suami Bebas Dakwaan Dera Anak-Anak, Zahnita Pula Dedah Dipukul & Dicekik Gara-Gara Hasutan Wanita Lain?

Zahnita menerusi hantaran di ruangan Instagram Storynya pula mendedahkan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya sehingga menerima lima hingga enam pukulan pada kepala dan lengannya.

Featured Thu, 24 Apr 2025

“Jangan Ajar Aku Tentang Sabar, Kamu Tahu Rasanya Dib*nuh Tapi Tak Mat*”- Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi seakan meluahkan perasaan susulan isu kontroversi rumah tangganya.

Trending Tue, 3 Aug 2021

i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Syarat Pengeluaran

Boleh semak akaun ming-masing dah…

Featured Mon, 17 Apr 2023
error: Content is protected !!