Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal October 21, 2022 @ 11:30pm

IMAGI Kembali Dengan Single Puteri Kayangan

Nama mereka mungkin tidak segah band-band rock yang sedia ada di negara kita, namun bagi band rock indie, IMAGI, perkara tersebut bukanlah penghalang bagi mereka untuk terus berkarya.

Terbaharu, IMAGI tampil dengan single keduanya berjudul Puteri Kayangan hasil ciptaan ahlinya sendiri iaitu Amy Bong, Bab dan juga Haziq, terbitan Rocketfuel Indie Space Station (RISS).

IMAGI terdiri daripada 6 orang pemuzik berpengalaman tanah air iaitu Haziq Haminorddin (vokalis), Fitri Johari atau Bab (vokalis/gitaris), Zulhilmi Ali atau Amy Bong (pemain keyboard), Abror Mustafa (pemain bass), Nazmi Muzaffar (gitaris utama) serta Hafidz Safar (pemain dram).

“Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah di atas kelahiran single kedua kami yang berjudul Puteri Kayangan ini setelah lebih setengah tahun menunggu.

“Sambutan terhadap single pertama kami berjudul ‘Merasuk’ adalah baik-baik sahaja dan rata-rata peminat memberitahu mereka tidak sabar untuk mendengar single yang seterusnya,” kata Haziq.

Idea asal di sebalik penciptaan single Puteri Kayangan datang dari Amy Bong sendiri bersama ahli-ahli lainnya yang mahukan sebuah lagu berentak rock alternatif yang moden.

“Sebagai sebuah band, kami sentiasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang apakah karya yang bakal dihasilkan seterusnya.

“Amy yang mencadangkan lagu ini yang berkisar tentang seorang gadis yang menjadi rebutan ramai lelaki dan kesemua mereka ingin menjadikan gadis tersebut sebagai kekasih atau isteri dalam kehidupan mereka.

“Jadi kami berenam bergabung idea secara kolektif bagi menambah perisa untuk ‘menyedapkan’ lagi karya kedua ini,” kata Fitri.

Menurut Amy Bong, proses rakaman tidak mengambil masa yang lama di Studio Alibaba Records.

“Kami memperuntukkan selama dua hari untuk merakamkan vokal dengan melodinya sekali.

“Sebenarnya mudah bekerja dengan band sendiri kerana masing-masing sudah memahami rentak kerja sebagai sebuah kumpulan dan ‘chemistry’ yang ada di antara kami menyenangkan lagi proses pembikinan sesebuah lagu itu,” kata Amy.

Sebagai band baharu yang mempunyai pengalaman mendalam dalam bidang muzik, mereka juga perlu peka dengan citarasa pendengar masa kini dan juga kekal relevan,.

“Perkembangan muzik di Malaysia sangat cepat dan kami perlu ‘alert’ agar karya yang dihasilkan boleh diterima oleh pendengar dari pelbagai lapisan umur.

“Jadi, tiada istilah formula rahsia, hanyalah dengan menulis lirik dan membuat susunan lagu yang boleh menarik perhatian masyarakat sekarang dari yang berumur sehinggalah paling muda, dan yang paling penting adalah cara pemasaran atau promosi, serta kuasa viral zaman digital ini,” kata Abror Mustafa.

 

Selain single, video muzik (MV) PUTERI KAYANGAN turut dilancarkan serentak dengan konsep dan jalan cerita yang menarik ibarat sebuah pengembaraan melayari samudera lautan dalam.

“Kami semua menjadi anak kapal yang sedang belayar berebutkan seorang gadis yang rupawan, ada unsur komedi di situ, jadi kalau hendak tahu apakah kesudahannya kenalah tonton MV nanti,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Sep 2025

Ellie Suriaty Tak Kenakan Caj Bayaran Pada Artis Yang Datang Kelas Lakonan – “Perkara Yang Saya Mahu Bawa Mati Adalah Ilmu Yang Bermanfaat”

Ellie Suriaty mendedahkan tidak pernah mengenakan bayaran terhadap mana-mana aktres mahupun aktor.

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

‘Mula-Mula Segan, Tapi…’-Fara Fauzana Kongsi Pengalaman Buat FB Live Di Makkah

Alhamdulillah…seronok dengar pengalaman Fara. Semoga kita semua diberi peluang untuk mengerjakan Umrah bersama yang tersayang nanti!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Mad August新曲唱出男人无奈心声!承认结束才拥抱开始

Mad August新曲唱出男人无奈心声!《再一次分手》承认结束才拥抱开始~

Featured Wed, 11 Oct 2023

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Wah, ramai juga artis yang berjodoh asalnya sekadar jadi peminat je kan😍😍😍

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Henry Golding Will Be Playing a Gay Man Soon

Interesting in light of the massive debate going on right now.

error: Content is protected !!