Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 23, 2022 @ 3:09pm

Damba Rasa Bahagia, Amelia Henderson Ingin Salur ‘Positivity’ Dalam Kerjaya

Pelakon jelita Amelia Henderson mengakui dirinya kini lebih memilih untuk memberikan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya lakonannya dan segala perihal yang boleh membuatnya kekal positif.

Menurut Amelia, dia ingin menjadi lebih tenang dalam mengawal diri apabila berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang bergelar anak seni.

“Untuk setiap manusia, tak kisahlah kita berada dalam mana-mana industri sekali pun, kita akan sentiasa berjumpa dengan cabaran dalam kehidupan.

“Kadang-kadang kita rasa cabaran itu susah untuk diatasi. Kita sebagai manusia memang tak boleh mengawal tindak-tanduk orang, waima pendapat yang dilontarkan mereka.

“Kita hanya boleh kawal diri kita dengan kuasa minda yang Tuhan kurniakan. Itu sahaja dan saya rasa sekarang, matlamat utama nak berikan fokus kepada karier dan perihal yang memberikan impak positif dalam kehidupan saya,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, pelakon itu juga menyatakan dia mendambakan kebahagiaan tanpa memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Selain ingin melayari kehidupan dengan aura positif, Amelia juga ingin tonjolkan nilai kebaikan kepada diri dan orang lain.

“Saya cuma seorang wanita yang cintakan pekerjaan dan ingin melayari kehidupan sepositif yang mungkin.

“Setakat ini dalam karier, saya boleh cakap yang saya sangat berbangga kerana usaha yang paling perdana adalah untuk tonjolkan nilai kebaikan.

“Selalu peminat saya cakap ‘oh Amy, you selalu senyum dan selalu positif’ walaupun mereka tak pernah nampak di sebalik semua keriangan dan senyuman ini, mungkin saya menangis.

“Sejujurnya, saya berasa sangat bangga dengan diri sendiri. Bagaimana saya boleh dapat salurkan nilai positif kepada diri dan orang lain. Saya berharap, akan kekal bersemangat dan teruskan menumbuhkan nilai kebaikan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Trending Tue, 13 May 2025

RPM Group Dilancar, Rockology Concert 2025 Satukan Awie & Kid Din Hangatkan Pentas

Antara pengumuman terbesar sempena pelancaran RPM Group adalah penganjuran Rockology Concert Tour 2025.

Featured Thu, 5 Jan 2023
FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

error: Content is protected !!