Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 23, 2022 @ 8:15pm

Selebriti, Artis, Ikon Permotoran Bakal Meriahkan Legacy Rider 1.0

Kehadiran acara Legacy Rider 1.0 sudah menjadi topik yang hangat diperkatakan terutamanya di kalangan penunggang jentera dua roda.

Acara yang melibatkan ramai individu-individu kenamaan ini bukan sahaja bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malah perasmian tersebut bakal diiringi oleh Menteri kewangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Ikhwan Salim Datuk Sujak.

Selain selebriti-selebriti jemputan dan ikon-ikon media sosial, otai-otai lagenda riders permotoran juga bakal turun ke Maeps, Serdang pada 29 Oktober 2022 ini bagi menunjukkan sokongan terhadap Legacy Rider 1.0.

Antara mereka ialah Cik Din YP, Hisyham Ngadin, Abang Bob Kapcai, Waghih Zain, Wan Kecik, Pak Abas, Glatius Lawson, Bob Eden, Hafiz Syahrin, Wazi, Shahrul Yuzy, Uncle Fadhil, Misai 69, Mr Bacan, Talapia, Man Pomen, Nizam YP, King, Fadil Iman, Brother Boo dan Adib ESR.

Oleh yang demikian, jurucakap acara ini menjangkakan penyertaan pengunjung yang lebih ramai dari yang disasarkan.

Keunikan acara ini bukan seperti program-program himpunan permotoran yang lain, Legacy Rider 1.0 bakal menunjukkan keunikan tersendiri seperti melibatkan ketibaan helikopter bersama ikon-ikon media sosial, mengadakan persembahan nyanyian dari selebriti tanah air serta mempelbagaikan acara-acara semasa event berlangsung.

Antara acara-acara yang akan dijalankan ialah acara Dyno, Autoshow dan Pocket Bike. Hadiah untuk acara-acara ini juga telah disediakan dan bakal diberikan kepada pemenang.

Program yang berlangsung selama sehari ini juga akan menyajikan pelbagai pengisian antaranya servis motosikal percuma untuk 100 motosikal, persembahan kuda dan ATV, pemberian hadiah-hadiah cabutan bertuah grand prizes dan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang lain.

Empat hadiah cabutan bertuah utama ialah motosikal Yamaha RXZ, Yamaha Y16, Yamaha LCV8 dan Kawasaki RR.

Menariknya, hadiah utama, Yamaha RXZ, bakal dicabut sendiri oleh Perdana Menteri selepas beliau merasmikan acara Legacy Rider 1.0.

Melihat kepada objektif acqra Legacy Rider 1.0 yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan ramai dan menerapkan amalan hidup aktif melalui aktiviti sukan serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara peserta dan sekaligus menjadi landasan penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung, penganjur percaya bahawa pengisian-pengisian yang ada dapat menarik minat para remaja dan belia untuk menghadiri event ini.

Acara ini bakal diadakan pada 29 Oktober 2022 di Maeps, Serdang bermula dari pukul 8.00 pagi
sehingga 6.00 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 20 Dec 2019
Acara Mon, 17 Feb 2020

Hospital Islam Az-Zahrah lancar Program Detik Kehamilan

Sedia pelbagai pakej untuk bakal ibu

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Acara Wed, 24 Jul 2019

Undi artis K-Pop kesayangan anda dalam ABPBH 32

BH perkenal 2 ketagori baharu artis luar negara

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Acara Thu, 6 Sep 2018

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Kuasa Undi Kini Di Tangan Anda!

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

error: Content is protected !!