Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 25, 2022 @ 6:00pm

“Akhir Zaman, Fitnah Hanya Dihujung Jari” – Umie Aida Jawab Dakwaan Festival Sunnah Dikatakan Bida’ah

Pelakon, Datin Seri Umie Aida menjawab tuduhan Festival Sunnah Muslimat yang berlangsung di Alor Setar, Kedah baru-baru ini dikatakan bida’ah seperti yang didakwa netizen.

Menerusi hantaran yang di buat di Facebook miliknya, Umie menjelaskan festival tersebut tidak melibatkan lelaki sepanjang majlis berlangsung.

“Alhamdulilah atas teguran buat saya tentang post video artis di festival Sunnah. Saya terima teguran dengan hati terbuka. Dan disini saya kongsikan sedikit rangka perjalanan majlis Festival Sunnah Muslimat di Kedah.

“Majlis bermula pukul 12 tengahari dan berakhir 2.30 petang Jumaat. Tiada lelaki sepanjang majlis berlangsung..baik dalam stadium mahupun di luar stadium,” tulis Umie.

Umie juga menegaskan Qasidah yang dipersembahkan pada majlis tersebut bukan nyanyian kosong yang melalaikan.

“Kami mulakan majlis dengan Asma Ul Husna. Dan bacaan Yassin oleh Ustazah Nawiah Abu.

“Maulid – Qasidah – bacaan ayat Al Quran dan selawat.

“Antara lirik qasidah adalah puji-pujian pada Allah SWT , kisah Rasullullah SAW dan selawat. Lirik qasidah ditulis oleh ulamak-ulamak terdahulu yang penuh kecintaan pada Allah dan Rasullullah. Kerinduan yang mendalam. Bukan satu nyanyian kosong yang boleh melalaikan,” jelas Umie.

Mengulas hantaran video yang dimuat naik yang memaparkan penyanyi Zizi Kirana sedang mengalunkan Qasidah di atas pentas, Umie berkata dia amat berhati-hati untuk memuat naik sebarang hantaran agar menjaga penampilan semua.

“Baik, bab posting pulak. Yang ini saya sangat berhati-hati untuk tidak post sahabat-sahabat yang berniqab. Baik dari kumpulan hadrah mahupun penonton yg hadir.

“Menyebarkan kebaikan sangat luas caranya dan berfasa-fasa untuk mencapai satu fasa yang sempurna di mata manusia. Naudzubillah Min Dzalik,” ujarnya.

Umie juga mengakui penghijrahannya juga banyak kekurangan namun tetap berusaha menyebarkan kebaikan.

“Artis seperti saya yang baru berhijrah banyak kelemahan. Saya seperti bayi yang baru nak merangkak. Pendosa yang mencari reda-Nya, Allah SWT. Cinta Allah SWT dan cinta Rasullullah SAW. Dan akan menyebarkan kebaikan. Insya-Allah untuk golongan pendosa seperti saya untuk berhijrah.

“Dakwah jua ada sunnah…bilhikmah…kesyadidan anda menyebabkan orang yang baru berhijrah seperti saya menjadi takut untuk mendekati insan-insan “masturat” seperti anda.

“Mudahnya meletakkan bathil, mudah juga menjadi penghukum yang tidak mudah ialah berdakwah dengan santun,” luah Umie.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terbaharu Umie memuat naik hantaran yang memaparkan tangkap layar komen-komen netizen yang mendakwa majlis tersebut tidak berlandaskan sunnah.

Dalam hantaran tersebut, Umie juga menyatakan dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata malah Umie sudah memaafkan individu-individu tersebut.

“Akhir zaman..Fitnah hanya di hujung jari. Allahuakbar.

“Saya maafkan anda,” tulis Umie di ruang kapsyen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Nafi Langgar Tempoh Iddah, Puteri Sarah Perjelas Keluar Atas Tuntutan Kerja… Bersyukur Hubungan Anak & Syamsul Semakin Baik

Hubungan Syamsul dan anak-anak sangat baik, hubungan kami berdua juga semakin baik, tiada lagi pertelingkahan – Puteri Sarah Liyana

Featured Mon, 17 Apr 2023

Isu Pecah Pasu RM400,000, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar… – “Saya Ada Bukti & Tak Bersalah!”

Haaa, Yana bukan tak mampu nak bayar. Korang pun janganlah serang dia 🫣

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Makin Popular Makin Banyak Terima Mesej ‘Nakal’

Akuinya lagi, popularitinya yang naik mendadak sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih banyak foto jelik berbaur lucah yang diterimanya.

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Kesian Dia… Kalau Perlukan Khidmat Peguam Bagi Tau” – Puteri Sarah Kongsi Detik Pertama Bertemu Rossa Sera

Wanita-wanita kuat bergabung! Sweet je Sarah bagi kata-kata semangat pada Sera

Trending Fri, 23 Mar 2018

Wow! Wanita Ini Mengaku Cintakan Trump

Wanita itu juga tidak menolak kemungkinan hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Namun, Rumah Putih sebelum ini menafikan Trump memiliki sebarang hubungan dengan McDougal. Macam mana ni?

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
error: Content is protected !!