Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 4, 2018 @ 2:39am

Hadiah ‘Berhantu’ Sufian Suhaimi

Selamat Hari Jadi ke 26 tahun, Sufian Suhaimi! Nampaknya penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu ini terima hadiah lebih besar tahun ini. Wah apa tu agaknya?

Baru-baru ini, single ‘berhantu’ itu mencatat kejayaan apabila ditonton lebih 20 juta penonton di Youtube.

“ Ini hadiah hari jadi paling bermakna…Saya tidak menjangka penerimaan peminat terhadap lagu ini cukup kuat.

“ Saya amat bersyukur dan harapan saya agar momentum single terbaharu ini sentiasa mendapat tempat di hati semua biarpun saya tahu banyak lagu lain bersaing di pasaran.

“Namun, dalam hati, saya mahu lagu ini lebih berjaya berbanding karya yang pernah saya hasilkan. Ini hadiah paling istimewa sempena hari jadi saya yang ke-26,” katanya.

Penyanyi yang pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy ini memberitahu dia akan meneruskan usaha menghasilkan karya terbaik selepas ini!

“ Saya mahu lari dari kebiasaan, kemungkinan saya akan tampil dengan konsep R&B atau rock demi mencari aura berbeza,” katanya.

Terdahulu, Sufian pernah tampil dengan single meletop menerusi Terakhir, Terasa Ada serta Harus Aku.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Usia Baru 20 Tahun, Kekayaan Kylie Jenner Kini Cecah RM3.2 bilion

Pengaruh adik bongsu dalam keluarga selebriti Kardashian ini setanding kakaknya yang lain. Pada usia 20 tahun, Kylie sudah bertaraf jutawan muda. Anda memang hebat!

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Nidji Bawa Sentuhan Magis ‘Teman Sejati’ Dalam Filem Ejen Ali The Movie 2

Lagu tema Ejen Ali The Movie 2 berjudul Teman Sejati dendangan Nidji kini menjadi buah mulut peminat!

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Hiburan Thu, 13 Feb 2025

AJL39 Semakin Hampir! Siti Nurhaliza Ramal 5 Finalis Berentap Rebut Vokal Terbaik

Siti Nurhaliza pilih lima nama finalis ini berpeluang rebut gelaran vokal terbaik AJL39

error: Content is protected !!