Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Khairil Khusyairi October 27, 2022 @ 5:15pm

“Akhirnya Sempurna” – Lengkap Dengan Busana Sedondon, Uyaina Arshad Kongsi Wajah Putera Sulung…Comelnya!

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya bersama suami, penyanyi Raja Syahiran.

Menerusi muat naik di laman Instagram, Uyaina berkongsi foto dia dan suami memangku putera sulung mereka, Raja Urhan.

Lengkap mengenakan busana sedondon serba hitam, Uyaina menitipkan doa agar permata hatinya itu sentiasa berada dalam rahmat yang maha Esa.

“Akhirnya sempurna.

“Raja Urhan bin Raja Syahiran.

“Cahaya mata pertama kami. Kebanggaan kami. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya, anakku.

“Mama Baba love you so much,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 8 September lalu melalui proses pembedahan.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.

Tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata peminat memuji kecomelan Raja Urhan malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Nov 2018
Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 17 Jan 2020

Noor Nabila Akan Besarkan Jebat Jayden Dengan Sharnaaz Walaupun…

Noor Nabila menafikan dakwaan sesetengah pihak yang dia menghalang suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad daripada bertemu anak mereka, Jebat Jayden, yang menyambut harijadinya yang pertama pada 30 Ogos lalu.  Kakak kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa […]

Trending Wed, 10 Nov 2021

“Jangan Tersepak Tersungkur Jatuh…” – Risau Penonton Gelak, Nam Ron Teruja Jadi Model Catwalk

Pelakon berbakat besar, Nam Ron, 52, meluahkan rasa teruja apabila pertama kali beraksi di pentas peragaan dalam acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 yang berlangsung pada Ahad lalu. Berpeluang memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing […]

Trending Sat, 3 Feb 2024

Pecah Rekod! 80,000 Pek Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘Licin’ Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

Fuhh congrats Khairul Aming! Tak sabar nak rasa Dendeng Nyet Berapi

Trending Fri, 27 Mar 2020
error: Content is protected !!