Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 27, 2022 @ 9:10pm

“Kami Artis Semua Tak Tahu Konsert Ini” – Scammer Guna Nama Awie & Ahmad Dhani Perdaya Peminat

Penyanyi, Datuk Awie meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan mesej kononnya terdapat sebuah konsert gandingannya bersama penyanyi Ahmad Dhani dihantar melalui aplikasi WhatsApp menggunakan namanya serta beberapa penyanyi lain.

Awie menerusi hantaran di Instagram memberitahu namanya digunakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi memperdaya peminat dengan menjual tiket konsert bertarikh 4 Februari 2023 di sebuah hotel di Sabah.

“Satu percubaan menipu utk mendapat keuntungan dengan mudah telah dapat di banteras oleh pihak polis tadi pagi.

“Tahniah polis, bertindak pantas dan menangkap lanun betina yang suka main isu keagamaan tetapi penipu rupanya dia ini, nama penipu ni Norhayati Maslynda Chew, tinggal di Kelang.

“Dia mengaku adanya konsert yg bernama Unplugged Living Legend (Dato Awie dan Ahmad Dhani) bersama artis undangan Ziana, Ella dan Erra Fazira.

“Kononnya akan berlaku pada 4hb Feb 2023 di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Tak tahulah dah berapa ramai orang kena tipu bagi dia duit untuk beli tiket,” jelas Awie.

Tambah vokalis kumpulan Wings itu, dia dan artis yang didakwa tersebut tidak mengetahui mengenai konsert itu malah gambar mereka juga digunakan individu tersebut.

“Saya nak tekankan disini, kami artis semua tidak tahu menahu pasal konsert ini. Gambar kami di gunakan untuk poster dan scam orang.

“Jika konsert pastinya akan ada Press Conference lebih-lebih lagi dengan nama artis yang besar-besar seperti Ahmad Dhani, Ella, Erra dan Ziana,” tulisnya.

Dalam pada itu, Awie yang juga Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap individu tersebut selain berpesan agar semua tidak terpedaya dengan scammer.

“Apa pun Alhamdulillah Polis telah berjaya menangkap si penipu betina ini.

“Mengikut rekod betina ini dah beberapa kali kena tangkap kerana menipu juga. Itu saja yang saya nak share dengan kalian.

“Jadi berhati-hati semua, jangan mudah terpedaya dengan sebarang perkara yang tiada sebarang bukti yang nyata,” pesannya.

Dalam perkongsian tersebut, Awie turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp scammer berkenaan yang sedang berurusan tentang konsert tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Oct 2024
Trending Wed, 1 Jun 2022
Kisah Viral Sat, 22 Feb 2025
Featured Wed, 23 Mar 2022
Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PRIYANKA CHOPRA JADI BRIDESMAID?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan […]

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Siti Nurhaliza Yakin Kemampuan Hael, Anta Permana Boleh Didengar Bermula Esok!

Tambah Siti, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau infiniti. Kami dah tak sabar nak dengar, mesti best kan!

error: Content is protected !!