Euforia Bola 2026
familuv By: Halimey Zamal November 1, 2022 @ 3:49pm

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan.

Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia sanggup kembali bersama bekas kekasih atau bertemu seseorang yang baharu

Aliff meraih pujian wargamaya kerana jawapan diberikan matang dan bernas.

@asrikamarudin Replying to @Helmet Singer jangan cabar 😏 #joedoh #aliffsyukri ♬ original sound – Asri Kamarudin

“Saya akan kembali pada ex.

“Sebab saya yakin, saya bukan orang yang senang jatuh cinta dengan orang. Kalau you dah once cinta orang tu dan you pun tekad tak kan cari yang lain, anything happen you akan setia dengan dia sampai ke mati. Dia tiada istilah ex.

“Once you dah kahwin dengan dia you will forever dengan dia walaupun dia dah tua, walaupun dia dah gemuk, walaupun dia dah tak boleh ada anak, bagi saya percintaan ni sebenarnya kita yang melengkapi diri kita sebab setiap orang tu ada kelemahan. Apa terjadi I always with my partner iaitu my wife, Nur Shahida Mohd Rashid.” jelas Aliff.

Selain itu, netizen memuji cara Aliff yang matang dalam mengupas isu tersebut.

Ada juga yang gembira melihat Aliff tampil sebegitu kerana tidak ‘terkinja-kinja’ seperti sebelumnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Aliff dan wargamaya terpegun melihat usahawan itu menonjolkan sisi matang di media sosial.

“Bila dia cakap macam ni, nampak dia seorang yang matang. Kalau terus macam ni ramai yang akan suka, Bukan macam sekarang ni!” tulis soerang warganet di ruangan komen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 187,000 tontonan dan lebih 19,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Apr 2021

Perlu Dapatkan Surat Kebenaran Pergerakan Baharu Jika Ingin Rentas Negeri

Nak rentas negeri? Kena dapatkan surat pergerakan baharu.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

Uish sampai macam tu sekali terbawa-bawa.. Bukan senang jadi pelakon ni kan

Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Trending Wed, 16 Jun 2021
Trending Thu, 3 May 2018

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
error: Content is protected !!