Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 4, 2022 @ 6:45pm

“Tak Lama Lagi Rumah Aku Dengan Office Buat Showroom Je Lah…” – Isteri Bebel Achey Beli Motor Lagi

Bebelan isteri kepada pelakon dan pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne meraih perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Anne, Achey ‘dimarahi’ ketika sedang melakukan urusan pembelian motosikal bersama beberapa orang lelaki di depan rumahnya.

Menurut Anne, ini bukan pertama kali Achey membeli motosikal baharu, malah dia sudah memiliki banyak motosikal di rumah sehingga boleh dijadikan sebagai pusat pameran motor.

 

@anne_achey21 Tak lama lagi rumah aku dgn office buat show room jela by kalau mcm ni….. Moto lagi…. @acheykintangkintung ♬ bunyi asal – Anne_achey21✅

“Tak lama lagi rumah aku dengan office buat showroom je lah by kalau macam ni. Motor lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran tersebut, pelawak itu hanya mampu terdiam dan dua orang lelaki lain yang berada di sebelah Achey tertawa kecil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan memahami situasi yang dialami oleh Achey.

Malah, ada juga segelintir yang meminta Anne untuk bersabar demi memahami hobi dan minat suaminya.

Untuk info, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan mengambil seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah pada 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

Events Fri, 31 May 2019

#DramaRaya2019 : Masihkah Ada Raya Buatku

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama-drama terbaik sepanjang raya ini!

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 1036711

Selebriti Fri, 1 Dec 2023

Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Saya dan Syafiq dalam keadaan baik tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya – Mimi Lana

Hiburan Sun, 15 Dec 2019
Trending Sun, 9 Dec 2018

约会对象会让你变胖?研究:对方的长相影响食量

你常常在约会的时候不小心吃太多吗?

Trending Mon, 25 Jan 2021
error: Content is protected !!