Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Fatin Nurain November 7, 2022 @ 9:51am

REV Perkenalkan Suara Kita, Myundi Sedia Perkembangan Terkini PRU15

Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2022, atau secara rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 setelah parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, 10 Oktober lalu.

Pada edisi kali ini, kita bakal menyaksikan 222 kerusi parlimen dan sebanyak 117 kerusi negeri di Pahang, Perak, Perlis, dan Sabah akan dipilih untuk pilihan raya ini. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya umum melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Portal sehenti yang telah dilancarkan oleh REV Media Group (“REV”) ini telah diperkenalkan sejak pilihan raya umum 2018 lagi. Portal ini menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya.

Myundi adalah platform digital semua-dalam-satu yang menyediakan penglibatan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat. Untuk edisi kali ini, myundi turut memperkenalkan ciri baharu Suara Kita, yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih.

“Suara Kita adalah ruang untuk semua rakyat berkongsi impian dan aspirasi mengenai Malaysia baharu dan kerajaan untuk masa hadapan,” kata Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi, REV.

Rakyat Malaysia boleh pergi ke pautan https://www.myundi.com.my/suara-kita dan selepas menjawab beberapa soalan ringkas, mereka boleh menyuarakan idea untuk masa depan Malaysia seterusnya kongsikan idea mereka di laman sosial.

Boleh diakses secara langsung selama 24 jam, orang ramai boleh memanfaatkan penggunaan myundi sepenuhnya bagi mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Orang ramai boleh melawat myundi untuk mendapatkan perkembangan terkini terutamanya pada 5 November untuk kemas kini penamaan calon dan pada malam 19 November untuk keputusan pilihan raya yang terpantas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi. Berikut merupakan antara tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-15:

05 November 2022 – Hari Penamaan Calon
15 November 2022 – Hari Pengundian Awal
19 November 2022 – Hari Pengundian

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Featured Sat, 14 Mar 2026

“Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu Adalah Ibadah Paling Mulia” – Ozlynn 

Pelakon Ozlynn Waty berkongsi pandangannya mengenai peranan seorang wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Hiburan Tue, 20 Nov 2018
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

HYORIN REVEALS TRUTH ON WHY SISTAR BROKE UP

Many people have been massive fans of SISTAR ever since they debuted. Of course, fans were devastated after they broke up. But why? Hyorin reveals the truth in an interview.

Trending Tue, 17 Sep 2019

201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

Makin serius pula jerebu, naik mendadak hingga terpaksa tutup sekolah.

Featured Tue, 14 May 2024
error: Content is protected !!