Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain November 10, 2022 @ 2:42pm

“Kalau Tak Nak Jawab, Nak Buat Apa?” – Lips-Sync Di TikTok, Netizen Puji Bakat Lakonan Suami Zulin Aziz

Gelagat pelakon Zulin Aziz bersama suami, Farhan Norzaini melakukan aksi lips-sync di TikTok meraih perhatian peminatnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial terbabit, Zulin telah memuat naik video mereka sedang ‘miming’ petikan Zul Ariffin dan Farah Nabilah menerusi drama Titian Cinta.

Dalam perkongsian tersebut, mereka telah melakonkan babak seolah-olah Zulin terkejut melihat suaminya semakin cerah ketika mengoleskan ‘sunscreen’ di mukanya.

“Dah tanya tu jawab jelah,” tulisnya.

@zulinaziz

Dah tanya tu jawab jelah😤🤬

♬ original sound – mk – Akmal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat mereka dan memuji bakat lakonan suaminya, Farhan.

“Sesuai pulak suara dengan muka husband dia.

“Perghhh dah pandai menjiwai watak husband Zulin.

“Zulin berlakon dengan suami pandai dia berlakonz

“Muka husband tu 100 peratus sesuai dengan suara… Lagi menjadi dari Zulin,” komen peminatnya.

Terdahulu, Zulin dan Farhan telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Masih ‘Struggle’ Dapatkan Kewarganegaraan, Josiah Hogan Tak Akan Guna ‘Pintu Belakang’

Josiah Hogan tak akan guna pintu belakang percepatkan dapat IC biru

Featured Wed, 10 Sep 2025
Trending Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Mon, 19 Sep 2022

Liza Hanim Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza?

Tak sabar kalau Liza Hanim duet Siti Nurhaliza lagi!!

error: Content is protected !!