Featured By: Atiqah Johari November 9, 2022 @ 7:16pm

[VIDEO] Gara-Gara Berjubah & Berhijab Ketika Sedekah, Sajat Dedah Trauma Masuk Bilik Tahanan

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman menjawab soalan daripada warganet yang bertanyakan tentang kontroversi yang melibatkan dirinya sehingga dimasukkan ke penjara menerusi siaran langsung (live) di TikTok.

Tampil kongsi pengalamannya, Sajat menyatakan bahawa dia pernah dimasukkan ke bilik tahanan kerana dirinya memakai jubah dan tudung ketika memberi sedekah kepada sebuah pusat tahfiz.

“Saya pernah masuk dalam bilik tahanan. I kena tangkap disebabkan I memakai hijab, pakai jubah sebab I bagi sedekah pada pusat tahfiz.

“Disebabkan itu I dicajkan kerana membuatkan Islam dipandang hina. Itulah kes yang I kena sampai diorang (JAIS) nak kenakan I 3 tahun masuk dalam penjara,” jawabnya.

Gara-gara itu, Sajat meluahkan bahawa dia menjadi trauma dan diserang keresahan (anxiety) namun begitu Sajat menyatakan yang dia memaafkan individu-individu yang pernah bersangka buruk kepadanya.

“Sebab tulah I terus jadi trauma, I trauma gila-gila.

“Kepada orang-orang JAIS yang telah buat kat saya ‘Saya Maafkan’. Orang yang selalu fikir bukan-bukan, cakap itu inilah. Sebab I lah Covid datang.

“Bila you all buat macam ini tu I jadi anxiety, I jadi pening kepala. I pening dengan orang yang nak menghukum I. Kenapa you all nak buat kerja Tuhan,” luah Sajat.

Luah Sajat lagi, dia berasa sangat sedih diperlakukan sebegini dan dia mengharapkan orang ramai untuk tidak membuat kerja Tuhan.

“Kalau I salah ke sekalipun… biar Tuhan yang meletakkan I dekat mana bukan korang. Tapi sampai you all buat saya macam ni kan I jadi sedih.

“Memang I jadi sedih. I takde ajar anak I bukan-bukan. I ajar anak I menjaga solat… Alhamdulillah sekarang dorang pandai mengaji, I bangga.

“Urusan saya dosa saya semua dengan Tuhan, kita tak tahu,” katanya.

Lebih menyayat hati, Sajat mengakui bahawa dia terkilan dengan perkara yang menimpa dirinya namun orang tidak pernah fikirkan perasaannya.

“Memanglah hati saya terkilan bila terjadi benda ni, takpelah biarlah saya dekat sini.

“I ni baik orangnya, baik sangat. I suka buat kelakar, I suka bagi orang gembira. Suka bagi advice tapi orang tak pernah pun faham perasaan I,” ujarnya sayu.

@sajatofficialtiktok LUAHAN HATI SEORANG SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #foryoupage #viral #fypシ゚viral ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Bukan itu sahaja, Sajat juga menyatakan bahawa dia sentiasa mendoakan rakyat Malaysia diberi keselamatan, kemajuan dan juga rezeki serta memaafkan kerana itu sahaja dirinya mampu lakukan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan luahan hati Sajat namun mereka tidak menidakkan kesalahan yang dibuatnya kerana menyerupai wanita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Jan 2019

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Jika anda merancang untuk beli tiket balik kampung, jangan terkejut.

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Trending Mon, 23 Jul 2018

Bahaya Terjatuh Dari Kereta Antara Sebab Pak Nil Tak Setuju Dengan Keke Challenge

Pak Nil menyifatkan tarian itu tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.

Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera

Huawei baru sahaja melancarkan dua peranti baru dalam siri Huawei Nova untuk pasaran China. Huawei Nova 3 dan Nova 3i, kedua-duanya adalah merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk moden dan premium. Huawei Nova 3 adalah model […]

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Tahniah Hafiz Suip, Bakal Timang Anak Kedua!

Congrats to Hafiz dan Effy!

Featured Thu, 10 Aug 2023