Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2018 @ 6:09am

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

“Tiada  niat saya untuk memanipulasi anak sendiri,” ini jawapan Che Ta berikutan laporan mengatakan pelakon jelita ini mempergunakan anak perempuannya untuk mengaut keuntungan.

Menurut pelakon Rozita Che Wan niatnya hanya untuk berkongsikan informasi mengenai makanan yang diambil oleh Aaisyah Dhia Rana sewaktu proses tumbesarannya.

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Tindakan itu disifatkan netizen sebagai strategi untuk melariskan jualan produk berkenaan.

“ Apa yang saya lakukan hanya untuk membantu golongan ibu bapa mencuba produk berkenaan yang disifatkan dapat mengurangkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak. Ia merupakan produk yang berasaskan sunnah dan sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya kepada salah sebuah portal tempatan, beliau hanya berkongsi pengalamannya sendiri.

“ Saya bersyukur kerana Aaisyah jarang berdepan masalah kesihatan sepanjang membesar,” katanya.

Hubungan baik antara Che Ta dan pengilang makanan tambahan yang dikenali sebagai ‘Champ, Champ, Champ! Aaisyah itu akhirnya membuka ruang untuk mereka menjalinkan kerjasama, sekali gus membantu kanak-kanak lain di luar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jan 2024

Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Alamak, satu demi satu dia petik ek. Awas!🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Featured Thu, 12 Jun 2025

Foto Jadi ‘Bahan’ Eksploitasi S*ksual, Mekyun Selesai Buat Laporan Polis

Mekyun akhirnya selesai baut laporan polis berkaitan isu pedofilia.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 1036711

Events Mon, 8 May 2023

Komen Status IG Watie, Netizen Bitter Dengan Shuib

Ada juga yang tak puas hati?? Korang ni🙃

error: Content is protected !!