Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 12, 2022 @ 6:33pm

SFMM37: Berakhirlah Pencarianku Bakal Dinyanyikan Wani Kayrie, Ini Penjelasan Ernie Zakri

Lagu Berakhirlah Pencarianku duet Ernie Zakri bersama Hafiz Suip diumumkan berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37).

Timbul persoalan apabila mereka berdua selaku penyanyi asal tidak akan menyanyikan lagu tersebut di pentas separuh akhir nanti dan akan digantikan oleh Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq.

Menurut Ernie, dia sebagai penyanyi terpaksa menerima dengan hati terbuka untuk memberikan lagu ini kepada Wanie dan Syafiq untuk dinyanyikan pada pentas SFMM37.

Ernie memberitahu kepada media segala keputusan yang dibuat adalah daripada pihak pengurusan sendiri.

“Saya layak memberi kenyataan sebagai seorang penyanyi sahaja, tanggungjawab saya pada projek yang ditemukan daripada Rocketfuel dan juga Nova Music untuk Berakhirlah Pencarianku dan komposer lagu tersebut.

“Seratus peratus keputusan bukan ditangan saya. Saya hanya menyanyi sahaja, mereka yang decide what to do with this song, apa goal lagu ini,” jelas Ernie.

Susulan itu, Ernie melihat perkara tersebut dari sudut postif dengan memberitahu keputusan tersebut membolehkan dirinya untuk lebih fokus kepada lagu Korban yang juga layak ke SFMM37.

Untuk info, SFMM37 akan diadakan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023

Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen. @hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ […]

Featured Wed, 1 Oct 2025

Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Pelakon Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak apabila diberi kesempatan melakukan sesi siaran langsung bersama isterinya

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Fri, 19 Dec 2025

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

Syahir Shafein terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin pada usia 30 tahun dan akur jodohnya masih belum tiba.

Featured Thu, 15 May 2025
Featured Thu, 30 Apr 2026

“Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann

Sissy Imann tampil memberikan respons susulan topik hangat membabitkan isu sama ada golongan artis menunaikan solat meskipun mengenakan solekan tebal.

Featured Sun, 20 Mar 2022

“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

Menurut Umie Aida, kakaknya Erma Fatima selaku penerbit drama ini mengakui dia berasa sangat bimbang berhubung babak intim yang dimuat naik tanpa keizinannya.

Eat Travel Sat, 9 May 2020
error: Content is protected !!