Trending By: Padin November 14, 2022 @ 8:00am

First-Time Voters? Excited Nak Mengundi? Teliti Dahulu 4 Perkara Ini!

Pastinya ramai pengundi kali pertama teruja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang bakal berlangsung pada 19 November ini.

Pelaksanaan Undi18 yang melakukan pendaftaran secara automatik untuk pengundi berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan berkuat kuasa pada 15 Disember tahun lalu.

Had mengundi daripada umur 21 tahun diturunkan kepada 18 tahun dan memetic laporan Berita Harian, setakat pertengahan bulan ini, dianggarkan kira-kira 1.14 juta belia bakal menggunakan mandat buat pertama kali.

Mereka akan menyertai kelompok 21.1 juta keseluruhan pemilih dengan 1.4 juta adalah pengundi baharu.

XTRA senaraikan apa yang perlu anda lakukan selaku pengundi kali pertama:

1) Semak maklumat daftar pemilih menerusi MySPR Semak

Sila semak segala maklumat lengkap mengenai PRU 15 menerusi aplikasi MySPR atau laman web https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPR Malaysia (@sprgovmy)

2) Semak 10 langkah pengundian

Sila pastikan anda cakna dengan langkah-langkah pengundian sebelum menjalankan tugas anda selaku pengundi.

Semak infografik lengkap yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di laman Instagram rasmi mereka:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPR Malaysia (@sprgovmy)

3) Tahu perbezaan antara DUN & Parlimen

Pada PRU kali ini, Johor, Melaka, Sarawak dan Sabah tidak akan mengadakan pilihan raya negeri bersama-sama pilihan raya negara. Ini kerana empat negeri ini telah mengadakan pilihan raya masing-masing dalam tempoh tiga tahun.

Negeri pimpinan Pakatan Harapan iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor serta negeri yang dipimpin PAS, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di edisi PRU kali ini.

Untuk PRU 15, hanya pengundi bagi negeri pimpinan Barisan Nasional iaitu Perlis, Perak dan Pahang akan menerima dua kertas undi untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Secara kesimpulan, seorang mewakili anda di peringkat negeri dan seorang lagi mewakili anda di peringkat persekutuan.

ADUN ialah wakil pemimpin yang membangkitkan kebimbangan tempatan di Dewan Undangan Negeri, manakala Ahli Parlimen pula merupakan pemimpin yang mewakili rakyat untuk menyuarakan kebimbangan rakyat di Parlimen.

4) Teliti manifesto & calon sebelum mengundi

Setiap undi adalah berharga untuk membentuk kerajaan dan negara. Sebelum memilih pemimpin, teliti dengan cermat manifesto yang dibentangkan oleh calon-calon yang bertanding.

Lakukan bacaan ringkas mengenai latar belakang calon yang bertanding sebelum membuat pilihan. Ingat, kuasa di tangan anda!

5) Ikuti & dapatkan segala info serta perkembangan terkini di MyUndi!

Portal sehenti www.myundi.com.my yang dilancarkan oleh REV Media Group ini telah diperkenalkan sejak PRU 14 lagi. Portal ini menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya.

Untuk edisi kali ini, MyUndi turut memperkenalkan ciri baharu Suara Kita, yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih.

Jangan lupa layari www.myundi.com.my untuk segala maklumat lanjut mengenai PRU 15!

Kredit foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tayang Body Di Instagram, Alvin Chong Buat Netizen Cair

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mencuri perhatian peminat selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya tidak berbaju di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) Menurut Alvin, gambar […]

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Mon, 20 Nov 2023
Trending Fri, 23 Aug 2019

忙到没时间吃便当?手表一掀立刻开饭

亚洲人的工作时数、工作压力,在世界上可说是「名列前茅」,日前日本有公司设计一款有趣的「便当手表」,将食物装进小小的手表里,让人一边看表、一边吃饭,将一分一秒利用到最极致!

Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……