Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 14, 2022 @ 7:04pm

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Pelakon Mas Khan mengundang kecaman netizen apabila membela seekor anjing untuk menjaga premis perniagaannya dan dilihat mempunyai tatu di bahagian leher dan lengan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Mas memperkenalkan anjing peliharaannya yang diberi nama Cash iaitu baka German Shepherd.

Menurut Mas, dia sedia maklum mengenai hukum bersentuhan dengan haiwan yang dilarang dipegang dalam agama Islam ini.

“Anjing ni kita tahu kalau basah memang tak boleh pegang dan kita ada sabun samak, sertu samak. Jadi tiap kali kita pegang anjing tu dalam keadaan kering atau basah tetap akan gunakan sabun samak.

“Jadi tiada isu. Kalau korang (netizen) nak kecam ke apa, kecam lah. Saya hanya jadi diri sendiri. Ini bukan tatu. Ini adalah lukisan sahaja. Jadi korang nak cakap apa, cakap lah. Saya tak peduli,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Kemudiannya, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memohon maaf kepada orang ramai jika tersinggung dengan tindakannya memegang anjing.

Namun, dia menegaskan anjing itu dibela adalah untuk menjaga keselamatan kawasan perniagaannya yang terletak di tengah pusat bandar.

“Saya minta maaf kalau ada menyinggung hati dan perasaan orang dekat luar sana sebab aku main dengan anjing. Tapi yang paling penting sekali, ini adalah pendapat saya.

“Benda ni memang kita tahu. Kita bukan tak tahu tentang halal atau haram cuma nak beritahu yang penting nawaitu kita dan niat saya bela anjing ni sebab dia memang jaga kawasan kita ni dimana kat tengah-tengah KL ni macam-macam boleh jadi,” ujarnya.

Selain itu, anjing baka German Shepherd ini juga dikenali sebagai anjing polis Unit Pengesanan (K9) Polis Diraja Malaysia.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengecam dan mempertikaikan niatnya membela anjing dan mempersoalkan tentang tatu di badannya.

Tetapi, ada juga yang mengatakan membela anjing atas dasar menjaga kawasan sudah lama dilakukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kutip Sampah Usai Perlawanan Bola Sepak, Alahai Sweetnya YB Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq buat penonton tergamam dan malu alah apabila mengutip sampah yang dibuang mereka.

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
#tilljannah Sat, 24 Dec 2022

Kongsi Momen Sweet Bersama, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha – “Favourite Couple!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya […]

Events Wed, 6 Mar 2019

Tahniah Borak Kopitiam! Rangkul Anugerah Program Bual Bicara Terbaik TV Di Anugerah Media 2018

Tahniah sekali lagi diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan Borak Kopitiam!

Events Sun, 3 Feb 2019

AJL33 Red Carpet Fashion Steals the Show Away

Ready to hit the show in style!

error: Content is protected !!