Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari November 16, 2022 @ 8:22pm

Bahas Isu Rupa vs Bakat.. CEO FINAS, Yusof Haslam Bersepakat Perlu Seiring Untuk Tempa Nama Dalam Industri Seni

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan sebuah forum bagi membahaskan isu hangat mengenai paras rupa dan bakat seseorang untuk menempa nama dalam bidang seni.

Antara yang terlibat sebagai panel jemputan forum hangat tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam dan seniwati veteran, Noor Kumalasari.

Hadir sebagai moderator, pelakon Fahrin Ahmad dan dimeriahkan lagi dengan penampilan dua pelakon meningkat naik Sharifah Rose dan Hariz Hamdan.

Majlis pelancaran forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? Ini juga disempurnakan oleh Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengk Bidin dan Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida.

Secara dasarnya, kesemua ahli panel bersepakat bahawa rupa paras yang cantik perlu seiring dengan bakat untuk menjadi pelakon hebat di pentas.

Pemilihan pelakon yang cantik untuk meneraju watak utama sudah dipraktikkan sejak dulu lagi pada pandangan Prof Nasir.

“Pemilihan pelakon yang cantik dan kacak diperlukan untuk watak hero. Namun, pemilihan pelakon utama ini juga dibuat menerusi uji bakat dan bukan sekadar cantik semata-mat,” kata Prof Nasir.

Menurut Yusof pula, beliau juga berpendapat bahawa rupa dan bakat perlu seiring bagi mendapat tempat dalam industri perfileman.

“Bercakap soal bakat dan sebagainya, bagi saya ia subjektif kerana semua manusia pun mahukan yang cantik. Kalau kita buat filem pun contoh filem Hindustan pun semua nak yang cantik tapi tanpa kita mengabaikan bakat.

“Sebagai pelakon dan pengarah, mata kita adalah kamera. Kita akan tengok cara pelakon itu berjalan dan bercakap. Isteri saya sendiri adalah penasihat dan penonton pula mewakili masyarakat. Jika tidak, saya akan menjadi pengarah yang syok sendiri,” ujarnya.

Namun, Yusof menegaskan bahawa mengambil artis popular dan cantik bukan satu jaminan sesebuah filem itu akan mendapat sambutan kerana ada filem yang gagal.

Bagi pandangan seniwati veteran, Noor Kumalasari pula, dia menganggap kecantikan rupa paras bukan saja dinilai dari luaran sebaliknya aspek dalaman untuk menjadi pelakon yang baik.

“Cantik juga mempunyai banyak maksud dan bagaimana kita melihatnya serta dari sudut apa? Sudah pasti yang paling penting, perangai dan sikap seseorang pelakon dalam menjalankan tanggung-jawab pada watak diserahkan.

“Pelakon perlu memiliki ‘attitude’ yang baik dengan menghormati pelakon lain dan pengarah di lokasi. Kalau hati kita cantik, kalau hati cantik, jadi cantiklah orangnya,” katanya.

Forum ini juga membuka ruang untuk pendatang baru seperti pelakon Sharifah Rose untuk memberi pendapat mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Bagi Rose, dia mengakui bahawa rupa paras memainkan peranan penting untuk menceburi bidang seni dan bukan mudah untuk menjadi pelakon jika tiada ilmu dan pengalaman.

Tambahnya, dia melihat kritikan sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kualiti lakonan dan bukan sahaja bersandarkan kepada rupa paras.

Forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? Ini telah berlangsung di Dewan Perdana, FSKK, UKM kelmarin dan juga bersempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Mon, 20 Jan 2025

Sepakat Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Lahirkan Baby Girl

Bayi diberi nama Tyara Emran itu dilahirkan pada Ahad, 19 Januari baru-baru ini.

Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Trending Tue, 22 Jun 2021

Tindakan Edar Produk Di SJR Jadi Pertikaian Netizen, Ini Penjelasan Empunya Badan

Heboh di laman sosial Twitter memperkatakan mengenai sepotong video yang merakam aksi seorang lelaki mengedar bungkusan produk kepada pemandu-pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pulau Pinang. Malah, ketika video dirakamkan, kelihatan juga beberapa […]

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Sat, 11 Oct 2025

Selepas Pulang Dari Misi Gaza, Zizi Kirana Luah Hasrat Ke Makkah & Madinah – “Rasa Nak Duduk Tenang-Tenang Di Sana”

Zizi Kirana meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bagi mencari ketenangan rohani.

Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

Hiburan Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!