Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 28, 2022 @ 1:15pm

“Kau Terlampau Kurang Ajar” – Fezrul Khan Tak Akan Berlakon Dengan Reen Rahim Lagi, Akui Reen Tak Setaraf Dalam Lakonan

Sebelum ini timbul dakwaan pelakon Reen Rahim dicekik oleh pelakon Fezrul Khan ketika menjalani sebuah penggambaran filem.

Malah, Reen Rahim sendiri mengakui kesal dengan respon Fezrul yang tidak mengakui kesilapan dan menganggap insiden itu sebahagian proses rakaman.

Terbaharu, memetik laporan Melodi, Fezrul Khan sekali lagi mempersoalkan tindakan Reen Rahim yang menjerit kepadanya selepas melakonkan babak tersebut.

“Secara jujur saya berlakon cerita tu saya tak method, saya tahu babak itu susah, tak boleh buat, kita dah rehearsel, okay dah tapi yang tak ok kenapa bila dah cut dia mejerit kepada saya?

“Yang itu saya pantang, tak boleh cakap elok-elok ke. Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Kenapa perlu jerit, tak boleh cakap elok-elok ke?

“Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan orang lama. Kau boleh fighting tak? Kau ada sarung uniform tak? Kau berlakon cerita kampung je kan?,” katanya.

Mengulas mengenai babak cekik yang dimuat naik Fezrul di laman Instagram, pelakon drama Aku Seorang Perempuan itu memberitahu dia mahu semua pihak menilai sendiri tindakkanya dalam babak itu malah menyifatkan Reen seorang yang kurang ajar.

“Apa yang saya post tu saya nak tunjukkan dekat orang betul tak apa yang saya buat itu sebenarnya saya yang salah atau dia yang salah? Kalau salah, pengarah boleh cut, tiada masalah pun. Tapi kenapa kena tunggu babak itu habis kau menjerit? Kurang ajar tak kurang ajar? Kurang ajar pelakon tu,” jelas Fezrul.

Fezrul juga berkata pelakon wanita itu bukan tarafnya untuk berlakon bersama dan akan menolak untuk berlakon dengan Reen Rahim sekiranya terdapat tawaran untuk bergandingan lagi.

“Nasib baik perempuan, kalau lelaki dah lama dah. Dia ingat saya hairan dengan lakonan dia semua.

“Saya banyak lagi heroin yang saya boleh berlakon, setakat lakonan heroin macam itu saya rasa bukan ‘level’ saya kot.

“Kalau tanya saya kalau nama dia ada dalam sebuah cerita itu saya takkan ambil job itu. Saya tak boleh berlakon dengan orang kurang ajar macam tu,” tegasnya.

Fezrul juga memohon maaf kepada Reen malah turut berpesan sekiranya tidak boleh membawa sesuatu watak yang berat, jangan ambil tawaran itu.

“Pada saya, jangan kurang ajar, itu sahaja saya nak bagitahu. Kalau menjerit tu dia ‘attention seeker’. Dia nak tunjuk dia ‘power’ lah.

“Kalau dia dah minta maaf, saya dah maafkan dia jika saya terkasar bahasa, gurau kasar, tercekik dia ke apa, saya minta maaf banyak-banyak, tapi kalau ada job nama dia ada dengan saya, saya takkan ambil job itu sebab ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang nak berlakon dengan saya. Dia bukan ‘level’ saya.

“Kalau dah watak berat, rasa tak boleh bawa jangan bawa watak tu. Jangan ambil semata-mata nak duit. Lepastu kau nak tunjuk kau hebat dekat set. Jangan kurang ajar. Kau terlampau kurang ajar,” tutupnya tegas.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Nov 2024
Featured Wed, 15 May 2019
Hiburan Mon, 19 Jan 2026

Aedy Ashraf Enggan Ikuti Trend Throwback Tahun 2016 – “Kalau Lupakan Adakah Hidup Akan Jadi Baik Atau Sebaliknya?”

Aedy Ashraf tidak menafikan dia terinspirasi melihat perjalanan hidup orang lain

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Mon, 27 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Pertaruhan Lagu Paling ‘On Fire’, Dapatkah Finalis Mencuri Perhatian Juri & Penonton?

Program realiti nyanyian popular XTRA XSTAR 2025 kini semakin hampir ke penghujungnya sekali gus menandakan detik paling mendebarkan buat para finalis yang masih kekal berjuang.

Featured Sat, 23 Aug 2025

Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.

Events Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Tercekik Sudu Bukan Gimik, Ezuwan Ismail Sedia Terima Kritikan Netizen

Buat apa nak terasa…semua orang berhak beri pendapat. Betul tak?

error: Content is protected !!