Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Halimey Zamal December 1, 2022 @ 7:46pm

Angkat Kisah Buaya Darat, Dem Lepak Boyz Tampil Single Terbaru Berjudul Jerat

Kumpulan Dem Lepak Boyz (DLB) muncul dengan single terbaru mereka berjudul Jerat.

DLB dianggotai oleh dua jejaka iaitu  Zaidy dan Hazel yang telah menukar kerjaya mereka bermula dari penari profesional kepada penyanyi yang mula membina nama di dalam industri.

Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, naskhah ini menampilkan John Jeeves selaku komposer yang dipertanggungjawabkan dalam mencipta sepenuhnya lagu ini.

“Kami bersyukur atas penerimaan lagu pertama kami iaitu Abang Datang yang dilancarkan pada awal tahun ini.

“Walaupun ramai agak kurang biasa dengan genre yang kami bawakan, namun ramai yang memberikan respons positif dan tidak kurang pula ada yang terjatuh cinta dengan melodinya yang catchy dan lirik yang mudah diingati.

“Terima kasih buat semua yang menyokong single pertama kami, kini kami kembali dengan single terbaru yang lebih rancak buat para peminat serta penggemar muzik tempatan,” kata Zaidy

Sementara itu, DLB memberitahu mereka tidak mahu terlalu terburu-buru dalam menghasilkan sebuah lagu kerana perancangan harus dilakukan dengan sebaik mungkin.

“Kami mengambil masa beberapa bulan untuk menemukan karya yang seterusnya kerana mahukan sebuah penghasilan yang betul-betul menggambarkan DLB sebagai duo nyanyian yang unik.

“Jerat adalah hasil idea bernas komposer John Jeeves yang berjaya merealisasikan impian DLB. Selain itu, John Jeeves juga banyak membantu kami dari segi arah tuju muzik yang sesuai dengan imej yang kami bawakan,” kongsi Hazel.

Jerat adalah sebuah lagu yang mengisahkan tentang dua orang lelaki mata keranjang yang keliru dalam percintaan apabila ditundukkan oleh seorang wanita.

Namun dua orang lelaki itu, umpama menemui jalan buntu apabila memikirkan sama ada wanita itu ikhlas mencintai atau hanya mempermainkan mereka sahaja.

Lagu jerat boleh  boleh didengari melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan juga Deezer dan boleh dimuat turun di iTunes Store. Mv single ini boleh ditonton secara eksklusif  di saluran YouTube Rocketfuel Network.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

6 Things To Do in Traffic To Stay Zen

Basically, how to keep your blood pressure under control.

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

“Hubungan Kami Memang Mesra” – Amira Othman

Mesra dengan adik beradik sendiri pun menjadi isu. Apa kes ni?

Featured Thu, 27 Feb 2025

Dituduh Ubah Wajah, Fathia Latiff Nafi Lakukan Rawatan Ekstrem

Fathia Latiff enggan mengambil pusing kritikan mengenai perubahan wajahnya.

Trending Mon, 22 Jul 2019

‘Saya Nak Jumpa Dia’- Mangsa Langgar Lari Bengang!

Saya tak boleh nak buat semua benda sendiri.

Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Sebelum Ramadan Lagi Kami Dah Putus Cinta” – Nadia Brian Reda Ketentuan Ilahi, Sentiasa Doakan Kesejahteraan Nedim Nazri

Nadia berkata dia dan Nedim tidak bergaduh, malah saling mendoakan untuk kesejahteraan satu sama lain

Trending Sat, 8 Sep 2018

Renjatan Elektrik Bila Pegang Troli Pasaraya?

Rasanya ramai kot pernah mengalami situasi yang sama dimana setiap kali pegang besi akan rasa macam direnjat elektrik. Betul tak?

Featured Wed, 8 Dec 2021

Gara-Gara Cinta Ditolak, Gelandangan Ini Nekad Bakar Kereta Wanita

Ishhhh, ishhhh… Sampai macam tu sekali???

error: Content is protected !!