Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa December 2, 2022 @ 5:32pm

Menjerit Ketika Tunggang Kuda, Netizen Label Ratu Farah ‘Over’

Beberapa bulan lalu, tular satu rakaman yang memaparkan selebriti TikTok, Ratu Farah mencuba aktiviti ‘flying fox’ di sebuah resort.

Kini, Ratu sekali lagi muncul dalam video baharu mencuba aktiviti menunggang kuda di resort yang sama.

Menerusi entri berdurasi 27 saat yang viral di akaun TikTok, Ratu sangat takut sehingga menjerit sepanjang menunggang kuda.

@sugehresort Seluruh pengunjung yang ada di Sugeh Resort Janda Baik keluar bilik untuk melihat @IG @ratu__tv naik kuda… #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort

“Seluruh pengunjung yang ada di Resort keluar bilik untuk melihat Ratu naik kuda,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar Ratu tidak menunggang kuda jika dirinya takut.

“Dah tahu takut kenapa naik?

“Takut tak payahlah naik.

“Bukannya kuda tu terbang, aku kang ha angin orang dibuatnya.

“Latu oo Latu. Kalau takut janganlah naik Latuu.

“Kalau takut buat apalah nak naik,” tegur warganet.

Malah, ada juga segelintir yang memerli Ratu memandangkan dahulu dia pernah mencarut sepanjang menaiki ‘flying fox’ di resort tersebut.

“Nasib tak carut.

“Nasib Latu tak mencarut, kalau idok jenuh menyebut.

“Dalam hati mesti tengah mencarut tu,” kata netizen.

Artikel Berkaitan: “Jangan Ikut Ye, Mencarut Naik Flying Fox.. Lebih Baik Berselawat” – Netizen Label Ratu Over

Artikel Berkaitan: Ada Yang Kecam Kerana Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi, Netizen Pertahankan Ratu Farah – “Dia Nervous Tu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

‘Kawan Segan Nak Berlawak Dengan Saya Sebab…’- Thai Kongsi Pengalaman Selepas Berhijrah

Pengarah Terbaik di Festival Teater Kuala Lumpur 2005 ini turut berkongsi kisah di mana ada di antara rakan-rakan lama yang segan ketika duduk semeja. 

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

Drama Tue, 19 Mar 2024
Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] “Sekarang Pilih, Nak Saya Atau Amira Dijadikan Menantu?” – Erma Fatima Sakat Ibu Fattah Amin

Erma kelihatan mesra duduk bersebelahan dengan ibu aktor popular, Fatah Amin iaitu  Azizah Abdul Ghani sambil melihat balang kuih yang baru sahaja diterima.

error: Content is protected !!