Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 2, 2022 @ 4:50pm

[VIDEO] Sering Dibandingkan, Anna Jobling Pernah Rasa Dibenci Amelia Henderson

Pelakon cantik Anna Jobling mendedahkan pernah merasakan bahawa pelakon Amelia Henderson tidak suka dengan dirinya.

Menerusi perkongsian Anna di podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia, anggapan tersebut terjadi apabila netizen mula membandingkan mereka berdua.

“Pada satu masa tu, saya ingat awak benci dekat saya sebab mereka (netizen) selalu bandingkan kita macam Amelia lagi pandai berlakon, Anna lagi ni ni. Kita adalah dua orang yang berbeza,” katanya.

Menurut Amelia, dia akui tidak berpuas hati dengan budaya yang membandingkan dirinya dengan pelakon lain hanya kerana mereka berdarah campur.

“Benda ni yang buat saya sangat marah. Saya dah mula berlakon dah lama dah.

“Sebelum awak saya selalu dibandingkan dengan pelakon Zahirah Macwilson. Setiap kali saya pergi mana-mana mesti macam ‘Awak akan jadi Zahirah yang seterusnya’,” ujar Amelia.

“Awak akan jadi Amelia yang seterusnya. Kita adalah individu yang berbeza. Kita hanya berdarah campur, itu sahaja,” tambah Anna.

Kemudian, Amelia menjelaskan dia tidak ada masalah dengan mana-mana pelakon dan perbandingan seperti itu tidak sepatutnya wujud.

“Saya tiada masalah dengan Zahirah, saya tiada masalah dengan awak (Anna). Tapi saya memang tak suka bila dengar awak cakap benda tu.

“Bukan sebab saya tak suka awak tapi saya tak suka situasi membuatkan kita berdua melalui benda tu (dibandingkan),” jelasnya.

@luvchaaa4 Never comparing people guys! Sian anna ingat ame benci anna 🥺 #ameliahenderson #annajobling #meerqeen #studiosembang #fypシ゚viral #fypage #foryoupage #meerna ♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 25 Oct 2018
Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Ya, Saya Berlemak… Jangan Kutuk” – Liyana Jasmay Akui Perut Berlapis, Nekad Kembali Diet

Liyana Jasmay, tampil bersikap terbuka apabila mengakui sedang berusaha menurunkan berat badan selepas menerima komen mengenai bentuk fizikalnya.

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Thu, 15 Jul 2021

Beri Kelonggaran Pergerakan Untuk Individu Yang Lengkap Dua Dos

Kerajaan sedang meneliti untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan […]

Featured Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Syura Hidap Penyakit Misteri, Punca Badan Semakin Susut?

Penyanyi ini memberitahu, berat badan beliau semakin susut akibat penurunan berat badan beliau daripada 60kg sehinggalah ke 49kg kerana? Nak tahu, korang kenalah baca artikel ni okay!

error: Content is protected !!