Acara By: Atiqah Johari December 2, 2022 @ 10:19pm

Rasmi Galeri Flagship Pertama, Lewré Bespoke Persembah Koleksi Mewah ‘Garden of Eden’

Buat pertama kalinya, Lewré Bespoke menampilkan koleksi kasut baharu yang berkonsepkan ‘Garden of Eden’ di hadapan Y.A.M Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang & Penaung Lewré Bespoke dan YBhg. Dato Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Ushawan & Koperasi (KUSKOP) di majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke.

Pada majlis pelancaran tersebut, Lewré Bespoke telah mempersembahkan koleksi kasut baharunya, ‘Garden of Eden’ yang diinspirasikan oleh kisah alkitabiah dari the book of Genesis, yang menggunakan elemen bunga dan haiwan.

Bukan itu sahaja, koleksi terbaharu ini menampilkan 18 reka bentuk versatil yang mampu menarik perhatian dengan reka bentuk yang elegan dan diilhamkan daripada burung merak dan estetika bunga yang direka menggunakan 1,400 kristal Austria yang dijahit tangan pada setiap kelopak.

Malah, reka bentuk tersebut mencerminkan kepakaran Lewré Bespoke yang unggul dan setiap produk dibuat dengan penuh ketelitian menyatupadukan reka bentuk manik yang rumit dan reka bentuk yang canggih pada setiap pasang kasut.

“Koleksi Garden of Eden adalah dimana seni, budaya dan ketukangan bersatu dengan sempurna. Pasukan kami secara berterusan memilih bahan terbaik dari seluruh dunia untuk memberikan hasil yang terbaik dalam industri fesyen. Kami telah memastikan setiap pasang kasut dibuat dengan baik dan tepat yang memenuhi keperluan semua orang tidak kira apa citarasa anda.” Kata Dato Lewré Lew, pengasas Lewré Bespoke.

Untuk makluman, Lewré merupakan sebuah jenama yang telah lama ditubuhkan dan dikenali dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung utama di seluruh Malaysia.

Bagi menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah dengan menampilkan Lewré Bespoke yang lebih eksklusif sejajar dengan slogan kedai utama mereka iaitu ‘It’s very personal’.

Galeri Lewré Bespoke juga dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI yang mampu mendapatkan ukuran tepat untuk setiap pelanggan bagi menghasilkan sepasang kasut sempurna buatan tangan untuk memenuhi citarasa pelanggan.

Pelancaran kedai flagship ini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu sepanjang mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat pengeluaran dan peruncitan kasut bertaraf dunia serta mampu bersaing dengan jenama terkemuka di peringkat antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020
LIFESTYLE Thu, 26 Dec 2019
Events Sat, 15 Feb 2020
Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Featured Tue, 30 Nov 2021
Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Sasha Pilih Sirhan Sebagai Suami!

Tahniah Sasha dan Sirhan!

Events Mon, 14 Jan 2019

陈慧恬笑称自己是「大吉」亲戚!

「送Happy流动卡车」造势活动送欢乐!Orange陈慧恬笑称跟吉祥物「大吉」是亲戚~

Featured Fri, 20 Dec 2019

Selain wajah seiras, Mini Lofa dan Neelofa kongsi pangkal nama bunga

Kemunculan Naura di program MeleTOP buat penonton teruja!

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Menyeramkan! Rasai Pengalaman Bersama TRAIN TO BUSAN Hanya Di Genting Highlands!

Ingat ya, sekali dah masuk memang tak boleh patah balik guys!